Pelbagai persiapan dan persediaan dilakukan bagi membayar nazar kepada Dewa Murugan dilakukan sempena sambutan Thaipusam esok terutama upacara memecahkan buah kelapa.
Di Pulau Pinang, selain perarakan membawa Arca Dewa Murugan, upacara memecah buah kelapa oleh penganut agama Hindu juga rancak dilakukan sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang akan disambut seluruh penganut agama Hindu pada selasa.
Upacara yang diadakan saban tahun itu turut menarik perhatian orang ramai termasuk para pelancong yang tidak melepaskan peluang menyaksikan acara itu.
Upacara diadakan di sekitar jalan utama di George Town dan juga Jalan Datuk Keramat hingga ke kuil Jalan Kebun Bunga dengan tujuan menyucikan diri.
Pelancong asing yang berada di negeri itu turut tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan dan upacara memecah buah kelapa tersebut yang disifatkan menarik dan unik.
“Ini kali pertama saya menyaksikan upacara Thaipusam, saya tidak pernah tahu tentang upacara ini sebelum ini. Saya tidak sabar untuk memecahkan buah kelapa,” kata Felicia Sims, seorang pelancong asing dari Kanada.
Bagi Deb Lewis pula, seorang pelancong asing dari Australia, beliau akan mengunjung Malaysia setiap tahun untuk menyaksikan upacara Thaipusam,
“Saya akan datang bersama suami saya. Saya sangat sukakan Pulau Pinang and kami sangat suka untuk melibatkan diri dalam upacara tersebut,” beliau kata.
Sambutan Thaipusam diraikan penganut agama Hindu sebagai mengingati kejayaan Dewa Murugan melawan kuasa jahat dikenali sebagai Soorapadman sekaligus mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Esok penganut agama Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi ke Kuil Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit Jalan Kebun Bunga bagi membayar nazar dan mendapat restu daripada Dewa Murugan.
Beberapa batang jalan raya yang menjadi laluan utama pembawa kavadi ditutup secara berperingkat antaranya Jalan Datuk Keramat, Jalan Utama dan Jalan Air Terjun bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bagi memastikan keadaan keselamatan serta lalu lintas terkawal, anggota polis, unit simpanan persekutuan dan rela turut ditempatkan di kawasan berhampiran.
Astro Awani
Tue Feb 03 2015

Upacara diadakan di sekitar jalan utama di George Town dan juga Jalan Datuk Keramat. - Astro AWANI

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

Cuci dosa, merayakan Thaipusam
Pelbagai persiapan dan persediaan dilakukan bagi membayar nazar kepada Dewa Murugan dilakukan sempena sambutan Thaipusam esok.