Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar satu sesi perbincangan dapat diadakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wakil kesatuan dan pekerja berhubung isu tuntutan elaun COVID-19 melibatkan anggota kesihatan.
Presidennya Adnan Mat menerusi kenyataannya menegaskan perbincangan dua hala antara majikan dan pekerja dapat menyelesaikan isu ini secara keseluruhan.
"Pandangan dan suara daripada pihak kesatuan atau wakil pekerja perlu diambil kira bagi memastikan hak dan kebajikan petugas barisan hadapan terbela sepenuhnya.
"Justeru itu Cuepacs berharap agar KKM meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya bagi memudahkan kaedah pembayaran elaun COVID-19.
"Penambahbaikan yang dibuat haruslah bertujuan untuk memudahkan urusan kerja petugas barisan hadapan dan tidak menidakkan hak yang sepatutnya mereka terima," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Sabtu yang menyiarkan luahan barisan petugas hadapan KKM yang mendakwa berdepan kerenah birokrasi berhubung elaun COVID-19.
Adnan berkata agensi dan jabatan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu turut sama dalam meneliti perkara ini dan memudahkan urusan pembayaran elaun khas yang diterima untuk petugas barisan hadapan mereka.
"Elaun yang diberikan oleh kerajaan adalah suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan. Janganlah kita lunturkan semangat dengan kerenah-kerenah birokrasi yang dicipta sendiri," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac lepas mengumumkan peningkatan elaun khas daripada RM400 kepada RM600 bagi petugas kesihatan seperti doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan serta membendung COVID-19.
Bagi anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mereka akan menerima elaun khas RM200 sebulan.
Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020

ADNAN: Elaun yang diberikan oleh kerajaan adalah suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan. - Gambar fail

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.

Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.

Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.

Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.

Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru penjawat awam supaya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan meningkatkan prestasi kerja selari dengan kenaikan gaji.

Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.