KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai komitmen kerajaan untuk meneliti semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat kajian mengenai penambahbaikan perjawatan dan organisasi, saraan serta pengurusan bakat warganya.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata jawatankuasa berkenaaan sudah selesai melaksanakan sesi libat urus masing-masing mengikut enam kluster yang ditetapkan iaitu kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan, teknikal dan pengurusan.
Beliau berkata Cuepacs berpuas hati dengan sesi libat urus setiap kluster yang diketuai oleh Ketua Setiausaha yang bertanggungjawab memastikan keterlibatan semua kementerian, jabatan dan wakil pekerja termasuk pihak kesatuan secara inklusif.
"Langkah ini membuktikan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merangka suatu sistem saraan yang komprehensif untuk penjawat awam dan mahu aspirasi daripada penjawat awam itu sendiri dilibatkan dalam kajian sistem saraan perkhidmatan awam baharu ini.
"Cuepacs berharap seluruh warga penjawat awam dapat bersabar dan memberi ruang serta kepercayaan yang penuh kepada kerajaan untuk merangka sistem saraan baharu ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Adnan berkata pengumuman kerajaan untuk memberikan pencen sebanyak RM300 kepada veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun ke atas tidak pernah berlaku dalam sejarah dan ia bukti kesungguhan Perdana Menteri untuk menjaga kebajikan warga penjawat awam.
Katanya kesungguhan Perdana Menteri menjaga kebajikan penjawat awam boleh dilihat apabila beliau meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 bermula Januari 2023 serta pemberian bantuan khas lain dari semasa ke semasa.
"Cuepacs amat yakin dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan," katanya.
Adnan berkata setiap pandangan dan cadangan Cuepacs bagi menambah baik inisiatif kebajikan penjawat awam sentiasa seiring dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan semangat kerja yang lebih kondusif buat penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
![Cuepacs hargai usaha kerajaan teliti semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Cuepacs hargai usaha kerajaan teliti semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690887951_tbAdnanMat.jpg)
Adnan berkata jawatankuasa berkenaaan sudah selesai melaksanakan sesi libat urus masing-masing mengikut enam kluster yang ditetapkan iaitu kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, keselamatan, teknikal dan pengurusan.- Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737155315_TBDonaldTrump.jpg)
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737007640_TBDONALDTRUMP.jpg)
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
![CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671530732_AdnanMat.jpg)
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
![Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
![Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
![Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673945691_AdnanMat.jpg)
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
![Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659159289_TanSriMohdZukiAli.jpg)
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
![Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658403001_DatukAdnanMat.jpg)
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
![Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
![Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633781400_AdnanMat.jpg)
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
![Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
![Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629525939_AdnanMat.jpg)
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.