KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata perkara itu dimaklumkan kepada Anwar semasa sesi kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya hari ini.
Beliau berkata antara perkara yang dibangkitkan ialah sistem saraan baharu untuk penjawat awam memandangkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.
"Dalam hal ini, Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada 7 Julai lepas untuk mengkaji skim gaji perkhidmatan awam namun memohon agar pelaksanaan skim baharu ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira saranan daripada Cuepacs," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata turut dicadangkan ialah kerajaan meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan dan imbuhan tetap khidmat awam masing-masing sebanyak RM100.
Beliau berkata bagi kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) pula, Cuepacs meminta supaya ia dibayar sepenuhnya bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan kerana ketika ini, mereka dibayar 50 peratus daripada kadar COLA yang sepatutnya diterima.
"Dalam hal melibatkan kuarters kerajaan yang tidak diduduki serta kosong, Cuepacs mengesyorkan agar kuarters tersebut dipanjangkan penggunaannya kepada agensi perkhidmatan awam lain dan diselia oleh satu agensi khas," katanya.
Adnan berkata Cuepacs juga menyentuh perkara berkaitan pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam seperti memendekkan tempoh kenaikan pangkat secara berasaskan masa, laluan kerjaya sehingga gred DG56 kepada pengetua sekolah menengah dan mewujudkan jawatan warden asrama yang bukan dalam kalangan pendidik.
"Cuepacs yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa terbuka kepada setiap pandangan dan cadangan daripada penjawat awam serta Cuepacs," katanya sambil menambah Cuepacs bersedia untuk terlibat sama sebagai pihak berkepentingan dalam merealisasikan skim perkhidmatan baharu bagi penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
![Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51688115871_AdnanMat.jpg)
Adnan berkata turut dicadangkan ialah kerajaan meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan dan imbuhan tetap khidmat awam masing-masing sebanyak RM100. - Gambar fail/Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671530732_AdnanMat.jpg)
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
![Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
![Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
![Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673945691_AdnanMat.jpg)
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
![Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659159289_TanSriMohdZukiAli.jpg)
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
![Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658403001_DatukAdnanMat.jpg)
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
![Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
![Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633781400_AdnanMat.jpg)
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
![Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630828314_AdnanMat.jpg)
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
![Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629525939_AdnanMat.jpg)
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.