Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kepada kerajaan, khususnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya hasrat menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diteruskan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata dua universiti di Terengganu itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain proses penggabungan itu akan mengecilkan lagi bilangan universiti yang ada dalam negara ini.
"Semua orang tahu, UniSZA lebih berorientasikan keagamaan walaupun hari ini ia telah beralih kepada subjek yang lain seperti perubatan dan teknologi, manakala UMT adalah cawangan yang asalnya daripada Universiti Putra Malaysia untuk mengkaji maritim dan hidupan laut.
"Jadi, sebab itulah dengan dua matlamat berbeza ini, ia tak boleh duduk bersama," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada gabungan-gabungan universiti, termasuk wakil daripada kesatuan sekerja UMT dan UniSZA di Wisma Cuepacs, di sini, pada Jumaat.
BACA: UniSZA dan UMT mulai positif, fahami hasrat penggabungan
Menurut Azih, bukan sahaja Cuepacs tetapi semua warga kedua-dua universiti itu membantah sekeras-kerasnya akan cadangan penggabungan itu.
"Kami kesal dengan pucuk pimpinan universiti yang membuat keputusan begitu cepat, tanpa mengambil kira sensitiviti warganya termasuk kakitangan dan penuntut."
BACA: Ada pihak cuba politikkan cadangan penggabungan UMT, UNISZA - Maszlee
Susulan itu, Azih berkata pihaknya dalam perancangan untuk berjumpa dengan Maszlee dalam masa terdekat, untuk menyerahkan satu nota berhubung isu penggabungan ini.
Sebelum ini, dilaporkan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA, dan persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 4 Sept lepas.
Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar serta wakil daripada pelbagai agensi dan kementerian serta pihak berkepentingan, bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan.
BACA: Penggabungan universiti sukar, setiap universiti ada visi, misi masing-masing
Sementara itu, Cuepacs memohon pertimbangan kerajaan supaya penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah diperuntukkan rumah pada kadar harga RM90,000 sehingga RM150,000, dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat, 11 Okt ini.
"Kami sangat menghargai di atas keprihatinan kerajaan mewujudkan perumahan kepada rakyat. Namun begitu, sebahagian besar penjawat awam tidak mampu beli rumah disebabkan baki gaji yang ada tidak melayakkan mereka membuat apa-apa pinjaman perumahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019

Menurut Azih, bukan sahaja Cuepacs tetapi semua warga kedua-dua universiti itu membantah sekeras-kerasnya akan cadangan penggabungan itu.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.

Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.

Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.

Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.

Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.

Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.

Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.