Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata cadangan kerajaan untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara masih di peringkat perbincangan.
Beliau berkata keutamaan kerajaan Pakatan Harapan pada masa kini adalah untuk tidak membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah atau B40.
Katanya, kerajaan kini sedang mengenal pasti mekanisme terbaik yang lebih inovatif untuk meningkatkan hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi.
"Kita tidak mahu membebankan rakyat khususnya golongan dalam kategori B40," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda bertajuk 'Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua', di sini hari ini.
Selasa lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan perlu mencari sumber dana lain untuk membayar hutang negara termasuk mengenakan cukai baharu dan menjual beberapa asetnya.
Perdana Menteri, bagaimanapun, berkata rejim cukai baharu berbeza daripada cukai jualan dan perkhidmatan semasa serta tidak membebankan rakyat.
-BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018

AZMIN: Kita tidak mahu membebankan rakyat khususnya golongan dalam kategori B40.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.

Cadangan cukai baharu Belanjawan 2025 dijangka lonjak harga minuman tinggi gula - CIMB Securities
Cadangan cukai baharu terhadap minuman tinggi gula di dalam Bajet 2025 dijangka menjejaskan pendapatan pengeluar termasuk Nestle (Malaysia) Bhd dan Berjaya Food Bhd, kata CIMB Securities.

Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.

Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.

Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ekonomi MADANI: Dasar cukai perlu dipastikan konsisten atau pelabur lari - DPDM
Kerajaan perlu pastikan dasar cukai yang dilaksanakan adalah konsisten.

Tidak cadang perkenal cukai baharu, fokus pemulihan ekonomi - Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengenalan cukai baharu bakal menjejaskan tumpuan kerajaan ketika ini untuk memulihkan ekonomi negara.

Cukai baharu hanya diperkenal selepas ekonomi pulih - Tengku Zafrul
Selain memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.

Kajian menyeluruh cukai baharu perlu dijalankan sebelum diperkenal - Pakar Ekonomi
Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain berkata cukai baharu seperti cukai keuntungan modal akan menjejaskan pasaran modal.

Cukai baharu masih di peringkat perbincangan - Mohamed Azmin
Keutamaan kerajaan Pakatan Harapan pada masa kini adalah untuk tidak membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah atau B40.