PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini berjaya mendapatkan perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Perintah itu direkodkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang.
"Perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dibenarkan sementara menunggu pelupusan rayuan kedua-dua perayu di Mahkamah Persekutuan," kata Tengku Maimun dalam prosiding yang dijalankan melalui sidang video, hari ini.
Terdahulu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa LHDN selaku responden tidak membantah permohonan dua beranak itu untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh LHDN sementara menunggu rayuan mereka diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Perkara itu turut disahkan oleh Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN.
Pada 10 Mei lepas, Najib dan Mohd Nazifuddin diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.
Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
![Cukai tertunggak lebih RM1.7 bilion: Najib, Nazifuddin berjaya gantung penghakiman Cukai tertunggak lebih RM1.7 bilion: Najib, Nazifuddin berjaya gantung penghakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663732246_NajibNazifuddin.jpg)
LHDN selaku responden tidak membantah permohonan dua beranak itu untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh LHDN sementara menunggu rayuan mereka diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615353466_shakehands.jpg)
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
![Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024 Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
![WCO permudah pelepasan kastam WCO permudah pelepasan kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738808802_TBAlmirulitaMohdYu.jpg)
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
![Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735208942_tbJabatanKastamJK.jpg)
Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).
![Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735798173_TBMUHKRIZMAHATHIR.jpg)
Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.
![LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735369934_NabilAhmad.jpg)
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
![Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734510985_LimHuiYing.jpg)
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
![Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734435241_KastamGagalkanSin.jpg)
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.
![Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733930715_LimHuiYing.jpg)
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
![Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707626454_TBHassanAbdulKarim.jpg)
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.