Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan memperkenalkan cukai perniagaan ke atas peniaga atas talian yang menjalankan transaksi melebihi RM1 juta.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun bagaimanapun berkata, pihak berkuasa juga perlu segera mengeluarkan definisi dan garis panduan yang lebih sempurna dalam isu berkenaan.
"Cadangan bagi mengenakan cukai tersebut yang dibuat secara umum dan tidak jelas telah membuatkan rakyat berasa terkilan dan gelisah.
"Ia setelah kami mendapati wujud perbezaan yang ketara dalam tujuan perniagaan, transaksi dan pemilikan perniagaan atas talian mutakhir ini.
"Kita juga mencadangkan bagi memudahkan urusan kawal selia, peniagaan atas talian boleh dilesenkan oleh agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai alternatif kepada pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semata-mata," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada syarikat kecil dan sederhana yang berniaga secara atas talian agar dikecualikan dari dikenakan cukai.
Khairy turut berharap agar kerajaan menetapkan sebuah had pendapatan sebelum mengira cukai untuk sesuatu syarikat atas talian dan bukan untuk semua.
Kata Khairy, pengecualian itu bakal memupuk pertumbuhan yang besar di kalangan syarikat digital yang baru dibangunkan oleh usahawan muda yang hanya perlu membayar cukai selepas mereka menjana sesuatu had nilai pendapatan.
Dalam pada itu jelas Khairul Azwan, Pemuda UMNO juga menyokong penuh kenyataan Khairy bagi memastikannya tidak membebankan usahawan, peniaga kecil atau orang perseorangan yang menggunakan medium atas talian untuk menjana pendapatan.
Wan Syamsul Amly
Fri May 20 2016

AZWAN: "Cadangan bagi mengenakan cukai tersebut yang dibuat secara umum dan tidak jelas telah membuatkan rakyat berasa terkilan dan gelisah" - Gambar fail

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.

Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.

Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.