Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson yang dilancarkan oleh Astro AWANI turut mendapat perhatian penduduk di kawasan pedalaman.
Tinjauan Astro AWANI di PPMS Chin-Teck di sini mendapati rata-rata penduduk kampung yang ditemui berkata, setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan dalam membanteras wabak tersebut.
Usaha yang dilakukan Astro AWANI membuka mata masyarakat yang selama ini memandang ringan mengenai wabak denggi.
Seorang penduduk PPMS Chin-Teck, Mohammad Ismail berkata, kempen #CukupSetakatSamson membuatkan mereka terpanggil untuk melakukan gotong royong bagi mengelakkan daripada sebarang kehilangan nyawa ekoran denggi.
Penjagaan serta kebersihan di kawasan rumah oleh penduduk setempat juga harus dilakukan secara berterusan, menurut seorang lagi penduduk PPMS tersebut, Ramli Ismail.
“Saya harap ini pengajaran kepada penduduk Chin-Teck untuk berkerjasama dan bergotong royong untuk membersihkan alam sekitar di sekeliling rumah, tayar buruk, takungan air untuk mengelak kematian penduduk disini.” Katanya.
Sehingga 5 Mac lepas, negeri Kelantan mencatatkan peningkatan wabak denggi dengan jumlah 853 kes dan tiga kematian sekaligus membimbangkan penduduk.
Astro Awani
Fri Mar 07 2014

AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Perangi denggi: Astro AWANI lancar kempen #CukupSetakatSamson
Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro Awani.