Hospital Tanah Merah di Kelantan diarah untuk mengasingkan wad nurseri penjagaan khas daripada wad pediatrik bagi membolehkan kawalan ketat keluar masuk bayi dilakukan dengan lebih baik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu adalah antara penambahbaikan kawalan keselamatan serta-merta kepada hospital terbabit susulan berlaku kejadian penculikan seorang bayi daripada hospital itu Selasa lepas.
Beliau berkata selain memastikan Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di hospital Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya, hospital itu juga diminta melaksanakan penggunaan kad menunggu untuk ibu yang datang bagi menyusukan anak mereka selepas kelahiran bayi mereka.
"Selain penggunaan kad pengenalan ibu untuk membawa keluar bayi mereka, dan jika ibu tidak hadir bersama, bapa atau waris bayi berkenaan perlu membawa bersama kad pengenalan ibu berserta surat nikah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata selain itu, rekod untuk bayi keluar mesti disenaraikan dalam dua salinan, satu salinan untuk jururawat dan satu salinan diserahkan kepada pengawal keselamatan dan ditandatangani oleh ibu bapa semasa bayi dibawa keluar.
Dr Noor Hisham mengulas mengenai kejadian seorang bayi perempuan berusia lima hari yang dibawa keluar dari Wad Kanak-kanak hospital terbabit oleh pasangan suami isteri yang mengaku mereka sebagai anggota keluarganya.
Pihak polis menemukan semula bayi tersebut dan menahan pasangan terbabit.
Beliau berkata siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan hospital itu mendapati proses discaj tidak dipatuhi sepenuhnya semasa bayi tersebut dibenarkan pulang, dan staf serta pengawal keselamatan bertugas tidak mengambil langkah sepenuhnya untuk mengenal pasti identiti pasangan terbabit.
"Perkara tersebut juga tidak bertepatan dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil1/2007: Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
"Pihak hospital perlu memastikan mana-mana ibu dan bayinya yang baru lahir diberikan pengenalan diri melalui teg nama atau apa-apa peranti lain (rantai) yang sesuai yang mengandungi maklumat termasuk nama penuh ibu serta tarikh lahir dan jantina bayi berkenaan," katanya.
"Tanda pengenalan diri ini perlu disemak terutamanya semasa apa-apa pengendalian bayi dan sebelum meninggalkan bilik bersalin dan/atau wad," kata Dr Noor Hisham.
Katanya Kementerian Kesihatan memandang serius insiden terpencil di hospital itu dan berpendapat ia tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital sama ada hospital kerajaan atau swasta.
Kementerian itu juga telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 1/2007: Garispanduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia pada September 2007, sebagai panduan untuk sistem kawalan keselamatan bayi di hospital-hospital kerajaan.
Beliau berkata kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2016

DR NOOR HISHAM: Tanda pengenalan diri ini perlu disemak terutamanya semasa apa-apa pengendalian bayi dan sebelum meninggalkan bilik bersalin dan/atau wad. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Gempa Turkiye: Lelaki menyamar polis, cuba culik bayi di hospital berjaya ditahan
Polis Turkiye berjaya menahan seorang lelaki dipercayai cuba menculik seorang bayi di sebuah hospital di Hatay, Turkiye pada Khamis.

Pasangan remaja didakwa culik bayi sembilan bulan
Tertuduh berusia 14 tahun dan teman lelakinya, Muhammad Azrin Budimaeng, 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pasangan kekasih disambung reman bantu siasatan kes culik bayi
Remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya yang berumur 18 tahun itu disambung reman empat hari.

Remaja 14 tahun antara lima suspek utama culik bayi
Remaja perempuan itu ditahan bersama dua lelaki termasuk teman lelakinya dalam serbuan di Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Culik bayi: Hospital diarah asingkan wad bayi, wad pediatrik
Langkah itu adalah antara penambahbaikan kawalan keselamatan serta-merta kepada hospital terbabit susulan berlaku kejadian penculikan seorang bayi daripada hospital itu Selasa lepas.