GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti identiti beberapa suspek rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan ejen kosmetik Rosnazirah Mohd Naima atau Azi, pada 13 September lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini, usaha menjejaki suspek berkenaan sedang giat dilakukan.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengumpul keterangan yang relevan untuk disalurkan kepada pihak berkuasa Thailand sebelum tindakan lanjut diambil kedua-dua negara.
''Kita percaya dua atau tiga orang suspek kes merupakan rakyat negara kita dan usaha kenal pasti identiti mereka sedang dilakukan walaupun secara rawaknya kita sudah dapat kenal pasti identiti itu, tetapi beri sedikit masa lagi untuk kita kumpul keterangan yang relevan dan akan dikongsikan dengan rakan sejawat kita di negara Thailand,” kata Acryl Sani.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini, pada Selasa.
Dalam masa sama, Acryl Sani berkata, PDRM juga sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian Azi diculik.
Polis sebelum ini, menahan tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan memohon ekstradisi mengikut undang-undang terhadap tangkapan suspek yang terlibat.
"Dalam hal ekstradisi, akan kita pohon secara undang-undang dan kita percaya ada dua atau tiga lagi suspek rakyat negara kita yang kita percaya mempunyai kaitan dengan kes ini.
“Tetapi buat masa ini, pihak PDRM masih lagi menjalankan siasatan dan akan gunakan segala kekuatan kita untuk pastikan motif sebenar kes ini dan kita mohon supaya pihak media bersabar dan beri sedikit masa lagi supaya kita betul betul 'establish' motif sebenar mangsa dilarikan," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, kejayaan membawa pulang mangsa menunjukkan kerjasama rapat yang telah terjalin di antara pihak PDRM dengan pasukan polis Thailand.
Pada Isnin, Azi dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan selepas dikurung penculik lebih 14 hari di Thailand .
Pada 13 September lepas, Azi dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat Kelantan.
Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan kartel yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di negara jiran itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Oct 04 2022

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melakukan pemeriksaan kawalan kehormat pada Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, George Town, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Buruh mengaku salah culik ejen kosmetik dipenjara 56 bulan
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 56 bulan ke atas penculik ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Nain, 37, dalam kejadian 13 September tahun lalu.

Dibawa lari ke Laos, polis Thailand dedah operasi selamatkan ejen kosmetik, Azie
Polis Thailand mendedahkan ejen kosmetik yang diculik dan dilarikan beberapa lelaki pada 13 September lalu berjaya dikesan di Laos.

Culik ejen kosmetik: PDRM kenal pasti beberapa suspek, motif kejadian - Acryl Sani
Buat masa ini, usaha menjejaki suspek berkenaan sedang giat dilakukan oleh PDRM.