BEAUFORT: Tindakan seorang lelaki mencuri tiga ekor kambing membawa padah apabila ditahan kurang daripada empat jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah kebun di Kampung Pusak, Ulu Membakut, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, suspek berusia 35 tahun dikatakan menyumbat ketiga-tiga ekor haiwan itu ke dalam Proton Saga untuk dihantar ke Putatan iaitu sejauh lebih 80 kilometer perjalanan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asistan Superintenden l Dublin Patrick Rudes berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 51 tahun yang mengatakan tiga kambing jenis baka boer miliknya telah dicuri.
"Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh saksi kejadian bahawa ada ternampak seorang lelaki memasukkan tiga ekor kambing ke dalam kereta dalam keadaan kelam kabut sebelum terus memecut keluar daripada kawasan kampung.
"Pengadu kemudian telah membuat pemeriksaan di dalam kebun dan mendapati tiga ekor kambingnya telah hilang dan segera membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dublin berkata, bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kira-kira jam 6.30 petang di sekitar Pekan Papar, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes ini.
"Hasil pemeriksaan, sebuah kenderaan telah dirampas dan siasatan seterusnya membawa kepada penemuan barang kes iaitu tiga ekor kambing di Kampung Ulu Putatan.
"Difahamkan, suspek melakukan perkara itu selepas mendapat permintaan daripada pelanggan dan anggaran kerugian melibatkan nilai RM2,000," katanya.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023
![Curi ekor kambing sumbat dalam kereta Curi ekor kambing sumbat dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684382993_Curitigaekorkambi.jpg)
Suspek berusia 35 tahun dikatakan menyumbat ketiga-tiga ekor haiwan itu ke dalam Proton Saga untuk dihantar ke Putatan. - Gambar/ Sinar Harian
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Curi ekor kambing sumbat dalam kereta Curi ekor kambing sumbat dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684382993_Curitigaekorkambi.jpg)
Curi ekor kambing sumbat dalam kereta
Tindakan seorang lelaki mencuri tiga ekor kambing membawa padah apabila ditahan kurang daripada empat jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah kebun di Kampung Pusak, Ulu Membakut.
![Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605339584_TBKambing.jpg)
Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.
![Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71577174629_TBKOPERAL.jpg)
Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman
Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan menggelapkan kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal di denda RM5,000.