KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam itu merupakan seorang wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank.
"Setakat ini, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula aktif pada awal 2023 dan kesemua suspek menerima wang komisen antara RM100,000 hingga RM240,000 mengikut peranan masing-masing.
"Kita juga percaya dalang utama bagi kes ini adalah individu yang dipercayai pakar dalam membuat pemalsuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan serta cap jari bagi proses pengeluaran duit," katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamed Ramli berkata siasatan juga mendapati dalang utama kes turut terlibat membuat perancangan dan melakukan pengeluaran sebanyak lebih RM551,000 dari sebuah bank lain sebelum ini pada awal tahun dan kes tersebut juga dalam siasatan polis.
"Keseluruhan barangan yang dirampas setakat ini adalah sembilan kenderaan pelbagai jenis dan jenama, wang tunai berjumlah RM1.93 juta, telefon bimbit pelbagai jenama, kad ATM, debit dan kredit serta barang kemas dan dokumen dipercayai berkait dengan aktiviti jenayah ini," katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada 16 Jun lepas media melaporkan polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
Penahanan lelaki berusia 40-an di Sabah pada Jumaat lepas itu dibuat setelah polis menahan seorang wanita yang juga kakitangan sebuah bank di Kota Kinabalu pada 13 Jun.
Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Ramli berkata individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam itu merupakan seorang wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank. - Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Curi RM24.2 juta: 14 individu ditahan terima komisen antara RM100,000 hingga RM240,000
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.

Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.

CBP sasar 2,000 akaun Simpanan-i Salam
Co-opbank Pertama (CBP) menyasarkan lebih 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2022.

Dua pegawai imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Mohd Faizzan didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1,000 daripada tiga individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warga China daripada sebarang tindakan.