KUALA PILAH: Kesemua cuti 2,500 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan sepanjang tempoh penguatkuasaan khas sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bermula Selasa lepas (25 Jan) hingga 8 Feb ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata ia bertujuan memastikan operasi ini dapat diberikan tumpuan sepenuhnya selain membolehkan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat.
"Semua anggota penguat kuasa JPJ di seluruh negara termasuk 118 anggota di Negeri Sembilan digerakkan dalam operasi itu susulan aliran trafik dijangka meningkat lebih daripada 100 peratus.
"Ini kerana orang ramai dibenarkan pulang ke kampung pada tahun ini sekali gus pergerakan kereta bertambah di jalan raya dan lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op TBC 2022 Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengarah JPJ Hanif Yusabra Yusuf di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ turut melaksanakan Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan yang akan berkuat kuasa dua hari sebelum (30 dan 31 Jan) dan dua hari selepas perayaan TBC (3 dan 4 Feb).
Aedy Fadly berkata larangan itu bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya sebarang nahas jalan raya akibat pertambahan aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh perayaan ini.
"Kita menyeru semua pengguna jalan raya di seluruh negara agar memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya.
Terdahulu, Hanif Yusabra ketika berucap berkata JPJ negeri telah memeriksa sebanyak 20,627 motosikal sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu sebanyak 4,189 penunggang motosikal dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
"Kesalahan itu melibatkan pelesenan pemandu sebanyak 3,367 kes, pelesenan kenderaan (3,376), teknikal (1,197), utama (905) dan lain-lain kesalahan sebanyak 402 kes," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

JPJ turut melaksanakan Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan yang akan berkuat kuasa dua hari sebelum (30 dan 31 Jan) dan dua hari selepas perayaan TBC (3 dan 4 Feb). - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.