PUTRAJAYA: Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor kerana cuti umum dan cuti sekolah.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menasihatkan orang ramai mencari alternatif untuk memohon pasport di pejabat Imigresen yang terletak di luar Lembah Klang yang kurang sesak.
Beliau berkata antara pejabat permohonan pasport berdekatan dan kurang kesesakan adalah di Seremban, Melaka, Cameron Highlands dan Raub di Pahang, Pengkalan Hulu (Perak), Mersing dan Kukup (Johor) serta Kangar di Perlis.
Selain itu, katanya urusan permohonan pasport selepas ini, boleh dibuat di pejabat permohonan pasport di Kuala Langat dan Kuala Kubu Bharu di Selangor kerana dikenal pasti kurang sesak.
"Bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak atau kecemasan, diminta supaya menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport dan memohon di luar waktu puncak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir dan perlu merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.
Jabatan Imigresen melalui aplikasi TikTok rasminya hari ini memuat naik video berdurasi 51 saat memaparkan keadaan kesesakan luar biasa di pejabat permohonan pasport di Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menasihatkan orang ramai mencari alternatif untuk memohon pasport di pejabat Imigresen yang terletak di luar Lembah Klang yang kurang sesak.- fotoBERNAMA
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Cuti umum, cuti sekolah punca kesesakan di Pejabat Imigresen KL, Putrajaya
Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor