Dada dan cebisan daging dari badan bayi yang dikerat 15, telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, petang semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata bahagian badan itu telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat sebelum dikebumikan.
Namun, usaha mencari kepala dan bahagian lain bayi tersebut masih diteruskan, kata Rusli.
"Kes ini masih lagi dalam siasatan, setakat ini tiga orang telah tampil memberi maklumat.
"Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai maklumat yang dicari," kata beliau kepada pemberita mengenai perkembangan terkini kes bayi dikerat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara, di sini petang tadi.
Beliau berkata bahagian kepala dan alat kemaluan bayi antara anggota badan yang masih belum ditemui.
Rusli berkata maklumat daripada penduduk sekitar amat diperlukan bagi meneruskan usaha mencari anggota bayi berkenaan selain mencari suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.
Pada kejadian Ahad (17 Mei), pekerja di loji kumbahan PPR berkenaan menjumpai anggota-anggota badan bayi yang dipercayai berusia tujuh bulan yang tersekat di perangkap sampah loji berkenaan.
Dalam perkembangan lain, polis menangkap seorang lelaki berusia 30an pada Isnin (18 Mei) yang dipercayai terlibat dengan kes seorang lelaki dilaporkan hilang beberapa bulan lalu, disyaki dibunuh, di daerah Muar.
"Suspek yang telah ditangkap itu telah mendedahkan lokasi pembunuhan berikut kepada polis semalam.
"Polis dengan kerjasama pakar patologi telah menemui tulang manusia serta helaian kain yang dipercayai digunakan untuk membungkus mangsa setelah dibunuh" kata beliau.
Rusli berkata suspek telah membunuh mangsa bersama seorang lagi individu, namun individu berkenaan sedang menjalani hukuman di penjara kerana kes jenayah yang lain.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tindakan sedang dijalankan untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut," kata beliau.
Difahamkan, suspek kedua telahpun dipenjara sejak lebih lima bulan lepas atas kesalahan berkaitan dengan dadah.
Penemuan tulang dipercayai rangka manusia itu dijumpai tertanam berhampiran deretan rumah sewa di Parit Tiram, Jalan Haji Abdullah, Muar.
Bernama
Wed May 20 2015
![Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387123810_295x200.jpg)
Dada dan cebisan daging dari badan bayi yang dikerat 15, telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat PPR Kempas Permai. -Gambar hiasan
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
AWANI 7:45 [8/2/2025] – Sila hidup harmoni|Umum tempoh terdekat|Demi keluarga| Majikan tidak boleh halang
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv

![LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010273_MasiungBanah.jpg)
LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelesaikan teguran JANM.
![Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739025444_FAM.jpg)
Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman
Setiap pemain berpeluang mewakili negara menjelang pemilihan pemain untuk perlawanan pertama bertemu Nepal, 25 Mac depan.
![Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739024384_selatanlubnan.jpg)
Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan
Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati turut menuntut supaya kemusnahan sistematik bandar dan kampung dihentikan.
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387123810_295x200.jpg)
Dada, cebisan daging bayi dikerat 15 dijumpai
Dada dan cebisan daging dari badan bayi yang dikerat 15, telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, petang semalam.