PUTRAJAYA: Seorang bekas tukang masak terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahan mengedar kanabis seberat 4,754 gram, lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed sebaliknya mensabitkan Rozman Ibrahim, 37, selaku perayu atas kesalahan memiliki dadah itu dan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 12 Nov 2013.
Dalam penghakimannya, Azahar berkata sabitan dan hukuman mati terhadap perayu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) adalah tidak selamat kerana hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat dapatan bercelaru tentang pemilikan dan pengedaran dadah oleh perayu semasa dia dipanggil untuk membela diri.
"Kegagalan keadilan telah berlaku ke atas perayu kerana tiada hala tuju diberikan kepada perayu atas beban dikenakan ke atasnya. Mahkamah Rayuan juga telah tersilap apabila mengguna pakai proviso Seksyen 60(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
"Akan tetapi, berdasarkan kepada keterangan yang ada, mahkamah berpuas hati bahawa perayu memiliki dadah jenis kanabis seberat 4,754 gram. Dengan ini, mahkamah membenarkan rayuan perayu untuk mengetepikan hukuman gantung dan menggantikan dengan kesalahan memiliki dadah," kata Azahar yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.
Rozman merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Sept 2019 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt 2017 yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.
Dia didapati bersalah atas pertuduhan bersama-sama seorang lelaki yang telah bebas, mengedar dadah berkenaan di tempat letak kereta Taman Medan Pejasa, Petaling pada 7.30 petang, 12 Nov 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, peguam Suzana Norlihan Alias, yang mewakili Rozman berhujah bahawa anak guamnya tidak mendapat perbicaraan yang adil hingga menyebabkan berlaku kegagalan keadilan.
"Hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira pembelaan perayu sebaliknya bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi tanpa meneliti secara keseluruhan keterangan sedia ada daripada pihak pendakwaan dan pembelaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah bahawa sabitan terhadap perayu adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang mencukupi untuk membuktikan elemen pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu.
"Responden (pendakwa raya) memohon agar mahkamah ini tidak mengganggu dapatan serta keputusan hakim Mahkamah Tinggi dan keputusan yang dicapai oleh panel hakim Mahkamah Rayuan di dalam kes ini, seterusnya menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 12 Nov 2013. - Gambar hiasan
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Bekas CEO, isteri dan anak didakwa ubah wang haram lebih RM150 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Kenaf Trading Global Sdn Bhd dan isteri serta anak lelakinya didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.

Bekas tukang masak didakwa curi jam tangan Rolex RM67,000
Seorang bekas tukang masak didakwa mencuri seutas jam tangan mewah Rolex bernilai RM67,000 di sebuah kedai menjual barangan berjenama.

Dadah: Bekas tukang masak terlepas tali gantung, dipenjara 18 tahun, 10 sebatan
Seorang bekas tukang masak terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahan mengedar kanabis seberat 4,754 gram, lapan tahun lepas.