KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 Nov ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata daftar pemilih tambahan berkenaan mengandungi 42,699 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Sept 2023, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Beliau berkata daftar pemilih tambahan ini juga mengandungi 6,652 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,386 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
"SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN9/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
"Semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Ikmalrudin warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Sept 2023 serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN9/2023.
Beliau berkata sekiranya mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam daftar pemilih berkenaan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
"Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.,my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.
Ikmalrudin berkata Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN9/2023.
Menurutnya untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN9/2023, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 Nov ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.
Daftar pemilih tambahan April 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Daftar Pemilih Tambahan September 2023 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 Nov ini.
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 kini dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2022 (DPT BLN10/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 12 Jan depan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2022 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2022 (DPT BLN1/2022) yang telah diperakui dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari, hingga 17 Mac depan.