Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pendaftaran pengundi berumur 18 tahun belum dilaksanakan buat masa ini.
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, sebaliknya pendaftaran itu akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik.
"Bagaimanapun perkara itu akan dilakukan selepas segala persiapan SPR diselesaikan termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan.
"Selain itu, (persiapan lain adalah) penyediaan prosedur operasi standard (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastruktur.
"Kesemua persiapan ini dijangka selesai selewat-lewatnya pada Julai tahun depan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Sebelum ini tular dalam media sosial yang mengajak rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi.
Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata, SPR akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung pilihan raya dari masa ke masa dengan mengeluarkan kenyataan rasmi.
"SPR menyeru kepada orang ramai untuk merujuk terlebih dahulu kepada SPR melalui laman web rasmi SPR di www.spr.gov.my atau akaun sosial media rasmi SPR seperti di Facebook atau menghubungi di talian 03-88927200 bagi mengelakkan penularan berita palsu," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Jun 07 2020

Azhar Azizan berkata, sebaliknya pendaftaran itu akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.