KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Ia setelah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya membuktikan tuntutan terhadap saman sivil dagangan orang dalam yang difailkan pada 2021 ke atas Aminuddin.
Hakim Mahkamah Tinggi Wan Muhammad Amin Wan Yahya memerintahkan Aminuddin membayar sebanyak RM2.46 juta kepada SC, iaitu tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada pelanggaran dagangan orang dalam.
Aminuddin juga dikehendaki membayar kepada SC penalti sivil sebanyak RM1 juta dan kos sebanyak RM100,000.
Aminuddin melanggar seksyen 188(2)(a) dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dengan memperoleh 1,412,700 saham PCB antara Oktober 2013 dan Januari 2014 semasa dalam pemilikan maklumat dalaman.
"Maklumat dalaman tersebut adalah mengenai cadangan penswastaan PCB oleh PKNP," kata SC dalam kenyataan pada Selasa.
Di samping itu, Mahkamah Tinggi melarang Aminuddin daripada dilantik sebagai ketua pengarah eksekutif atau pengarah atau terlibat dalam pengurusan syarikat tersenarai awam (PLC) dan/atau anak syarikat PLC, selama lima tahun bermula dari keputusan mahkamah pada 13 Februari 2024.
Beliau juga dihalang daripada melakukan sebarang aktiviti dagangan dalam mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia selama lima tahun bermula daripada tarikh penghakiman mahkamah pada 13 Februari 2024.
"Dagangan orang dalam adalah salah laku yang serius dalam pasaran modal.
"Penguatkuasaan berterusan oleh SC menggariskan komitmennya untuk menangani salah laku dalam menyalahgunakan integriti pasaran modal," kata suruhanjaya tersebut. - Dagang News
Dagang News
Wed Feb 14 2024

Mahkamah Tinggi memerintahkan Aminuddin membayar sebanyak RM2.46 juta kepada SC. - Gambar/ Dagang News
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Dagangan orang dalam: Bekas CEO PKNP, Perak Corp didenda RM3.56 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.

Dagangan orang dalam: SC menang saman terhadap CEO PKNP
SC telah berjaya membuktikan tuntutan saman terhadap Aminuddin yang difailkan pada 2021.

Perak tidak boleh batal hak milik tanah lapangan terbang Seri Iskandar
Kawasan terbabit bukan lagi berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan terserah kepada syarikat berkenaan untuk melakukan sebarang pembangunan di situ.

Isu penjualan tanah lapangan terbang: SPRM rakam keterangan 10 saksi
Mereka terdiri daripada pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan kerajaan negeri, bekas Exco kerajaan negeri serta pegawai Pejabat Tanah dan Galian.

Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini
Hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng.

MAPS perkenal model perniagaan baharu, kini masuk percuma
Pengunjung dibenarkan untuk masuk ke MAPS secara percuma dan hanya perlu membayar sekiranya mereka mahu bermain permainan atau menonton persembahan.

Kor Ming sifatkan MAPS 'biawak hidup'
Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) disifatkan sebagai projek 'biawak hidup' yang membebankan rakyat susulan daripada jumlah kerugian yang dicatatkannya setakat ini sebanyak RM474.4 juta.

Bandar Integrasi Sarung Tangan bakal dibangunkan di Bidor
Bandar Integrasi Sarung Tangan bakal dibangunkan di mukim Bidor, kira-kira 65 kilometer dari sini, bagi merancakkan kemasukan pelaburan dan pertumbuhan kilang baharu di kawasan berkenaan.

Laporan EIA bauksit siap Oktober 2018
Datuk Nazri Ngah berkata laporan itu yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.1 juta akan merangkumi kawasan seluas 3,642.176 hektar.

PKNP diarah tolak usul MHB - MB Perak
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak supaya menolak semua usul yang dicadangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan oleh MajuPerak Holdings Berhad.