KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB) Datuk Aminuddin Md Desa, membayar sejumlah RM3.56 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
SC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Hakim Wan Muhammad Amin Wan Yahya mendapati, SC telah berjaya membuktikan tuntutan saman terhadap Aminuddin yang difailkan pada 2021.
Menurut kenyatan SC itu, hakim memerintahkan Aminuddin membayar RM2.46 juta kepada SC, iaitu tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada pelanggaran dagangan orang dalam dan Aminuddin juga dikehendaki membayar kepada SC penalti sivil sebanyak RM1 juta serta kos RM100,000.
"Mahkamah juga melarang Aminuddin daripada dilantik sebagai ketua pengarah eksekutif atau pengarah atau terlibat dalam pengurusan syarikat tersenarai awam (PLC) dan/atau anak syarikat PLC, selama lima tahun bermula dari keputusan mahkamah hari ini (13 Feb).
"Beliau juga dihalang daripada melakukan sebarang aktiviti dagangan dalam mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia selama lima tahun bermula daripada tarikh penghakiman mahkamah," menurut kenyataan SC.
Aminuddin didakwa melanggar Seksyen 188(2)(a) dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dengan memperoleh 1,412,700 saham PCB antara Oktober 2013 dan Januari 2014 semasa dalam pemilikan maklumat dalaman.
Menurut SC, maklumat dalaman tersebut ialah mengenai cadangan penswastaan PCB oleh PKNP.
SC berkata dagangan orang dalam merupakan salah laku yang serius dalam pasaran modal dan SC komited untuk menangani salah laku dalam menyalahgunakan integriti pasaran modal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

SC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Hakim Wan Muhammad Amin Wan Yahya mendapati, SC telah berjaya membuktikan tuntutan saman terhadap Aminuddin yang difailkan pada 2021.

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Dagangan orang dalam: Bekas CEO PKNP, Perak Corp didenda RM3.56 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.

Dagangan orang dalam: SC menang saman terhadap CEO PKNP
SC telah berjaya membuktikan tuntutan saman terhadap Aminuddin yang difailkan pada 2021.

SC: Bekas Timbalan Pengerusi Patimas Computers didapati bersalah di Mahkamah Tinggi
Pesuruhjaya Kehakiman Puan Adlin Abdul Majid dalam membenarkan dakwaan SC mengisytiharkan bahawa Yap telah melanggar undang-undang sekuriti yang berkaitan.