KANGAR: Majlis Fatwa Negeri Perlis memutuskan daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keputusan tersebut dicapai pada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini.
"Daging korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam," katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau menekankan bahawa tindakan ini termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan, terutamanya jika mereka adalah ahli keluarga, jiran, atau golongan miskin.
Jelas Mohd Asri berkata, keputusan ini juga mengambil kira keutamaan untuk kaum Muslimin dan akan diangkat kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Infografik yang dikongsi di laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini, yang memetik sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan bahawa Mazhab Syafie melarang pemberian daging korban kepada bukan Islam kerana korban adalah bentuk ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimanapun seandainya dalam komuniti masyarakat di sesebuah tempat itu terdapat jiran bukan Islam dan mereka dikenali dengan sifat baik serta keramahannya terhadap masyarakat Islam maka dibolehkan untuk diberikan daging korban tadi kepada mereka seandainya terdapat lebihan.
Namun begitu, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu didahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
Astro Awani
Sat Jun 22 2024
Jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu didahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan. - Gambar hiasan
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan
Maqis Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.
Daging korban boleh diberi kepada orang bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam - Mufti Perlis
Keputusan berkenaan adalah antara keputusan yang dicapai pada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini.
370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta
Lebih 370 tetamu termasuk ekspatriat Malaysia dan penduduk tempatan berkumpul di kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada Isnin untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.
YBIM anjur misi hantar satu juta pek daging korban ke Palestin sempena Aidiladha ini
Menjelang Hari Raya Aidiladha, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) menganjurkan Korban Ihsan Palestin: Misi Hantar 1 Juta Pek Daging Korban ke Palestin.
MyCARE sasar kutip RM2.5 juta, agih daging korban kepada 13 negara
Kempen MyQurbani dilancar mulai Jumaat lepas sehingga 25 Jun depan dengan menawarkan pakej korban serendah RM220.
Aidiladha: Jangan buat dua perkara ini ketika melapah daging korban
Jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa.
Aidiladha: Cara betul simpan daging korban dalam peti sejuk
Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk, Mudah Nak Masak Macam Daging Baru! - Nona
Ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan tetapi bersyarat - JAWI
Semua urusan ibadah korban termasuk penyembelihan di Wilayah Persekutuan hanya dibenarkan dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta dilesen.
Padah buat 'prank' daging korban berisi sampah, YouTuber Indonesia ditahan polis
Kedua-duanya didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti.
Kasihan tengok ibu-ibu 'desperate' minta daging - Noh Salleh
Menerusi sebuah entri di Instagram, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi pengalamannya berada di Syria ketika sambutan Aidiladha.