SEPANG: Daging dan tulang lembu sejuk beku bernilai kira-kira RM250,000 dari Australia dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan seberat 1,780 kilogram itu dibuat susulan pemeriksaan pada jam 4 petang sebelum didapati mengemukakan dokumen sijil halal yang mengandungi maklumat mengelirukan.
"Semakan awal mendapati hasilan haiwan yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu mempunyai permit import sah daripada Maqis.
"Namun, pemeriksaan lanjut mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan.
Katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.
"Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023

Maqis Selangor merampas daging dan tulang lembu sejuk beku di kargo KLIA, Sepang kerana mengemukakan sijil halal mengelirukan, pada Jumaat lalu. - Foto Sinar Harian

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco
Setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima.

KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di wilayah itu hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan tersebut ia akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus m

Program Satu Kampung Satu Produk diperkasa penuhi permintaan produk halal - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memperkasakan program "Satu Kampung Satu Produk" dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal.

Daging, tulang lembu dari Australia dirampas
Maqis Selangor merampas daging dan tulang lembu sejuk beku di kargo KLIA, Sepang kerana mengemukakan sijil halal mengelirukan.

JPV pantau kemasukan daging dari Brazil susulan penyakit lembu gila
Media antarabangsa pada Sabtu lepas melaporkan Thailand, Iran dan Jordan telah menggantung sementara import daging lembu dari Brazil.

Taktik campur daging lembu, kerbau dan babi dikesan
Dua taktik utama yang dikesan Maqis ialah menerusi pengikraran palsu dan menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan oleh agensi itu.

MAQIS Selangor tahan daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai hampir RM300,000
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai RM296,998.91 di Pelabuhan Klang Barat, dekat sin

Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Serantau Muslim terharu dapat jamu penduduk Arakan juadah 'paling mahal'
Pengalaman selama seminggu di kawasan tersebut begitu menyentuh hati apabila penduduk yang dijamu dengan masakan daging lembu itu menganggap ia juadah paling mahal pernah dinikmati mereka.

Daging gelembung putih dijangkiti kuman?
TERSEBAR di media sosial gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih dan dikatakan telah dijangkiti kuman tuberculosis bovis.