TANJUNG MALIM: Seorang bapa terkilan dengan tindakan pemandu lori yang cuai membuat pusingan U hingga meragut nyawa anak dan anak saudaranya dalam nahas di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Kelawar di sini pada Rabu.
Menurut Nor Kamar Hisham Omar, 48, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan yang anaknya, Mimi Nurwaheeda,19, dan Nur Nabila Rosdi, 19, terlibat dalam kemalangan.
"Saya cam baju yang mereka pakai dan motosikal. Saya mendapatkan Nabila yang awalnya saya ingatkan anak saya yang mengerang kesakitan.
"Tetapi ada minta saya lihat seorang lagi, saya pergi dan sampai dekat jasad memang itu anak saya tetapi dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River di sini pada Khamis.
Nor Kamar Hisham yang juga sukarelawan polis berharap pelaku kejadian itu segera ditahan untuk siasatan lanjut.
"Saya terkilan dia (pemandu lori) lari, kalau betul 'gentleman' buat laporan polis dan datang bersemuka dengan saya.
"Saya mahu tanya kenapa dia buat pusingan U di situ kerana kawasan gelap jadi ia berbahaya. Saya berharap dia segera ditahan dan saya tidak maafkan dia," katanya.
Tambahnya, sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu ada menyatakan hasrat untuk membeli baju raya di aplikasi membeli belah.
"Kami berborak di kedai makan dan saya tanya harga, dia beritahu RM80. Saya cakap tidak perlulah kerana mahal tetapi itulah, dia anak yang paling rapat, tidak sampai hati walaupun cakap begitu.
"Sebelum Mimi beredar, dua kali dia bersalam dengan saya. Kemudian memang saya mahu pindahkan jumlah wang itu ke akaunnya supaya dia beli baju pilihannya itu tetapi tak tercapai, tiba-tiba jadi begini," katanya.
Jenazah Allahyarham Mimi Nurwaheeda akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Bernam, Selangor manakala Allahyarham Nur Nabila pula di Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 1, Sungkai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis masih giat mengesan lori tangki yang terlibat dalam kejadian itu.
"Lori terbabit membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak. Pemandu lori berkenaan tidak berhentikan kenderaannya dan meneruskan perjalanan ke arah selatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Inspektor Mazlan di talian 017-7433831 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 30 2023
!['Dah gilis lari pula, saya tak akan maafkan dia' 'Dah gilis lari pula, saya tak akan maafkan dia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680161314_kemalangan.jpg)
Nor Kamar Hisham merenung gambar Allahyarham Mimi yang dipanggilnya adik sementara menunggu proses bedah siasat selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Slim River, Tanjung Malim pada Khamis. (Laporan Sinar Harian)
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736343430_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren.
![SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.
![Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.
![Operasi Khas Motosikal: JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November Operasi Khas Motosikal: JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735679224_OpsAmbangTahunBah.jpg)
Operasi Khas Motosikal: JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November
Antara kesalahan tertinggi ialah tiada lesen memandu (38,754 kesalahan), cukai jalan tamat tempoh (28,897) dan tiada perlindungan insurans (26,095).
![Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735350347_TBmaut.jpg)
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
![Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735100084_motosikal.jpg)
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
![Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734687216_Marahdantunjukisy.jpg)
Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah
Polis menyeru individu yang terlibat dengan kejadian untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan menangkap pelaku kes.
![Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734683244_Remajatahunpara.jpg)
Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis
Seorang remaja berusia 17 tahun parah apabila motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta peronda polis yang menggelak anjing melintas di Kilometer 10 Jalan Jeli-Dabong di Jeli pada Khamis.
![Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731859646_MohdYusriHassanB.jpg)
Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.
![Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733758133_ACCIDENTAMBULANCE.jpg)
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.