KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah jaringan internet di seluruh negara termasuklah di kawasannya.
Menurutnya, beliau simpati melihat ramai anak muda yang menjalankan perniagaan secara dalam talian terutamanya yang berada di luar bandar terkesan dengan kualiti capaian internet yang tidak begitu memuaskan.
“Kawasan kami di Baling, dah letih panjat pokok petai, panjat reban, panjat gunung untuk pasang ‘booster’ demi mendapatkan line 3G.
“Saya harap, dengan nilai eksport e-dagang pada 2020 dilaporkan adalah sebanyak RM4.166 bilion dan kementerian memperuntukkan sejumlah RM1.736 bilion bagi 2021 dan 2022 bagi perbelanjaan pembangunan.
“Selain itu, peniaga di Baling juga mengadu kepada saya jualan mereka jatuh begitu dahsyat kerana Facebook mengenakan syarat ketat ke atas peniaga dalam talian sehingga menyukarkan mereka untuk mengiklankan produk di Baling,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambah beliau, jual kerepek, ubat rambut, maajun, ubat kuat dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Baling juga sukar pada waktu sekarang.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Digital Nasional Berhad (DNB) siap siaga untuk membawa rangkaian 5G ke negara ini pada 15 Disember ini dan meneruskan pengkomersialan 5G.
Ia akan dilancarkan lebih awal dari yang dijadualkan bermula dengan Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur pada Disember 2021.
Dalam satu kenyataan, DNB memaklumkan, selepas kawasan di Lembah Kelang, liputan 5G ini akan dilanjutkan kepada 80 peratus daripada kawasan berpenduduk pada akhir 2024.
Ridauddin Daud
Wed Dec 08 2021

"Kawasan kami di Baling, dah letih panjat pokok petai, panjat reban, panjat gunung untuk pasang booster demi mendapatkan line 3G," kata Abdul Azeez. - FB \ Azeez Rahim

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.

Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.

Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.

Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.

Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.