ALOR SETAR: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah Datuk Ismail Salleh menggesa siasatan menyeluruh oleh agensi yang berkaitan dilakukan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik selepas mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan itu.
Beliau mendakwa berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada penduduk kampung, terdapat individu dipercayai warga asing dilihat keluar dan masuk ke kawasan itu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kegiatan penerokaan unsur nadir bumi (REE) masih berlaku di situ.
"Saya mendapat maklumat daripada orang tempatan...bahawa ada orang masuk ke kawasan tanah yang dimiliki Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI)...Itu maklumat yang saya dapat...itu yang kita pertikai, kita nak tahu (sama ada berlaku penerokaan REE)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, maklumat tersebut disampaikan kepadanya selepas seramai 40 individu didakwa di Mahkamah Sesyen Baling pada April lalu, atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.
Ismail juga berkata tribunal siasatan atau pasukan petugas perlu ditubuhkan bagi merungkai pelbagai persoalan, membabitkan isu penerokaan dan kecurian REE di kawasan itu yang sehingga kini masih gagal dijelaskan kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan Muhammad Sanusi mengesahkan berlakunya kegiatan mencuri REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik namun menafikan penglibatan kerajaan negeri atau syarikat Prospek Suria Sdn Bhd yang diberi lesen eksplorasi mengkaji potensi mineral itu.
Januari lalu, MBI Kedah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd, dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi industri perlombongan REE di negeri itu.
Pada April lalu Muhammad Sanusi menegaskan tiada aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik dan menjelaskan syarikat Prospek Suria yang diberikan lesen penerokaan untuk mengkaji hasil mineral berkenaan, sedang menyediakan laporan penilaian alam sekeliling (EIA) untuk fasa berikutnya sebelum cari gali dibenarkan.
Pada 13 April lalu, seramai 40 individu termasuk 35 warga asing, didakwa di Mahkamah Sesyen Baling atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Ismail juga berkata tribunal siasatan atau pasukan petugas perlu ditubuhkan bagi merungkai pelbagai persoalan, membabitkan isu penerokaan dan kecurian REE di kawasan itu. - Gambar/ Sinar Harian
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Dakwa ada aktiviti mencurigakan di Bukit Enggang, Amanah Kedah desak siasatan
Amanah Kedah menggesa siasatan menyeluruh oleh agensi yang berkaitan dilakukan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik selepas mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan itu.

'Pemimpin, ahli keluar Amanah selamat maju jaya' - Mat Sabu
Mohamad Sabu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada beberapa pimpinan dan ahli Amanah di Kedah yang bertindak keluar daripada parti itu berikutan pemecatan pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah
Bersatu dilihat lemah apabila isu kepimpinan nasional berbeza dengan yang diputuskan di peringkat negeri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
Datuk Dr Ismail Salleh berkata, usaha membentuk pakatan baharu agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat baharu dan sah daripada rakyat.