Seorang pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah mendakwa dibelasah enam pelajar sekolah itu malam Sabtu lepas setelah dituduh mencuri telefon bimbit mengakibatkan dia trauma untuk kembali ke sekolah itu.
Mazrul Hakim Mat Zin, 16, berkata dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, dia baru keluar dari surau asrama sebelum didatangi seorang pelajar senior yang mengarahkannya pulang ke asrama.
"Sampai di asrama, mereka terus bertindak mengunci pintu dan dua pelajar senior serta empat lagi rakan sebaya telah memukul saya bergilir-gilir sambil disaksikan beberapa pelajar lain.
"Pelajar lain tidak berani untuk membantu. Selepas mereka berhenti memukul, saya menghubungi kakak di Universiti Tenaga Nasional Berhad (Uniten) Muadzam Shah dan kami ke balai polis membuat laporan pada pukul 2.40 pagi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Mazrul Hakim berkata mereka kemudian ke Hospital Muadzam Shah dan dia ditahan semalaman di wad untuk pemantauan. Dia mengalami lebam di tangan, kaki dan kepala.
Kakak sulungnya, Mazita, 34, berkata pada malam kejadian, adiknya di Uniten Nur Mas Idayu menghubunginya dan memberitahu Mazrul Hakim menghantar pesanan ringkas yang pelik di telefon.
"Saya cuba menghubungi adik dan warden sekolah sejak pukul 11.40 malam namun tiada jawapan," katanya.
Mazita berkata mereka juga ralat dengan tindakan warden dan pengetua sekolah yang didakwa tidak menghubungi keluarga untuk memaklumkan kejadian itu, mahupun bertanya khabar adiknya selepas dimasukkan ke hospital.
Katanya pihak sekolah telah memberitahu mereka kemudian bahawa telefon bimbit yang didakwa dicuri adiknya itu telah dipulangkan oleh seorang pelajar lain.
Mazita berkata ini bukan kali pertama adiknya mengadu diganggu pelajar lain, namun mereka masih boleh bersabar dan menganggap perkara itu adalah asam garam duduk di asrama.
Beliau berkata adiknya mahu bertukar sekolah dan berharap Jabatan Pendidikan dapat mempercepatkan urusan pertukaran kerana adiknya kini trauma dan sering meracau dalam tidur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin DSP Aidil Roneh Abdullah semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan enam pelajar berkenaan telah dipanggil untuk siasatan.
Bernama
Fri Sep 09 2016

Mazrul menunjukkan salinan laporan polis serta gambarnya yang terlantar semasa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah. - Foto Bernama

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Dakwa dipukul, pelajar trauma ke sekolah
Seorang pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah mendakwa dibelasah enam pelajar sekolah itu malam Sabtu lepas.