KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.
Anwar berkata sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya memahami Perlembagaan dan terikat dengan aspek perundangan.
Tegas beliau, setiap pemimpin juga perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu berkenaan.
“Kadang-kadang bila seorang pemimpin berucap dia kena faham Perlembagaan, dia kena faham perjanjian.
“Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas.
“Nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain tetapi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir wajar terikat dengan perundangan,” katanya kepada media hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.
Semalam media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.
Beliau berkata Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.
Ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.
Astro Awani
Tue May 30 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Isu Kedah dan Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan - PM Anwar
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah.
[KOLUMNIS] Kerana mulut badan binasa, kerana politik negara musnah
Kemarahan dan kegelisahan melanda hati rakyat Malaysia akibat kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan polemik persengketaan oleh beberapa tokoh berpengaruh dalam politik negara.
Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.
Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah
Tun M berpendapat, dakwaan Muhammad Sanusi tidak tepat kerana memberi pandangan berdasarkan sejarah yang lampau.
Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Empat laporan diterima, USJT jalankan siasatan
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jalankan siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik Kedah.
Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.
Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Anwar bidas Sanusi, perlu faham Perlembagaan
Perdana Menteri bidas MB Kedah yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.