Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah menganggap kenyataan Timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung Veveonah Mosibin adalah satu kesilapan.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, Zahidi sudah pun mengaku kesilapan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Pertama sekali Timbalan Menteri telah segera mengaku kesilapan dan memohon maaf khususnya kepada adik Veve, dan saya juga membaca respons daripada adik Veveonah selepas YB Timbalan Menteri membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Beliau (Zahidi) juga kata akan membetulkan jawapan sebab jawapan itu telah tercatat (dalam Hansard Dewan Negara),” katanya ketika ditemui pemberita.
BACA: "Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa" - Veveonah
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Tanjak Merdeka di Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini hari ini.
BACA: Timbalan Menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok
Semalam, Zahidi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar membuat kenyataan dalam Dewan Negara bahawa kisah diceritakan pelajar dari Sabah dalam satu klip video YouTube adalah palsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri.
Namun, beliau kemudiannya memuat naik catatan di Facebook peribadinya mengakui bahawa dakwaan itu adalah kesilapan ekoran maklumat tidak tepat yang diterimanya sewaktu menjawab soalan tambahan pada sesi Dewan Negara itu.
“Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin, dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara pada Isnin nanti.
“Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam bidang yang diceburi,” katanya dalam catatan itu.
Kenyataan beliau dalam Dewan Negara menerima kecaman hebat kerana fakta menunjukkan Veveonah memang mengambil peperiksaan pada hari yang dinyatakan.
Anak kelahiran Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah itu dalam kenyataan balasnya berkata, dia amat sedih dan kecewa dengan tohmahan itu.
"Ia menyakitkan. Saya tetap memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap saya tapi saya perlu membuat kenyataan yang adil mengenai diri saya.” katanya lagi.
Saraya Mia
Fri Sep 04 2020
![Dakwa Veveonah menipu, Zahidi sudah minta maaf - Saifuddin Dakwa Veveonah menipu, Zahidi sudah minta maaf - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599199813_TBSAIFUDDINABDULLA.jpg)
SAIFUDDIN: 'Zahidi juga dilaporkan berkata akan membetulkan jawapan sebab jawapan itu telah tercatat (dalam Hansard Dewan Negara).' - Foto Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
![Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737371464_SukYeol.jpg)
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
![Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736402218_tbAhliDewanNegara.jpg)
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
![Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735289557_YoonSukYeol.jpg)
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
![Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024 Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734600348_TBLimHuiYing.jpg)
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
![288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim 288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734530041_LimHuiYing.jpg)
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
![10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi 10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733723128_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
![Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734510985_LimHuiYing.jpg)
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
![56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini 56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722249897_tbFuziahSalleh.jpg)
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
![Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734416911_RafiziRamli.jpg)
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.