PUTRAJAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek RTB dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.
"Tuduhan Chegubard tidak berasas dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas.
Nik Nazmi berkata Kerajaan Perpaduan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion, dan bukannya RM16.6 bilion seperti yang didakwa oleh Chegubard.
"Hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).
"Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi berkata projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang beliau sendiri tidak terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
![Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702540998_TBsetahunmadani.jpg)
Nik Nazmi berkata ini bukan kali pertama Chegubard membuat tuduhan liar dan tidak berasas. - Gambar fail/Bernama
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
![Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733378342_ttbFadillahYusof.jpg)
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir.
![Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731738949_tbFadillahYusof.jpg)
Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah
Fadillah berkata antaranya membabitkan RTB Alor Gajah Fasa 1 di Kampung Tebat di sini, melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta.
![15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri 15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720671192_AkmalNasrullahMohd.jpg)
15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.
![Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702540998_TBsetahunmadani.jpg)
Dakwa wujud rasuah projek Rancangan Tebatan Banjir, Nik Nazmi saman Chegubard
Nik Nazmi akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Chegubard, berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
![Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700721076_pejabatMBJohor.jpg)
Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai
Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.
![RTB Fasa 1 di Segamat berjaya kurangkan mangsa banjir 52 peratus RTB Fasa 1 di Segamat berjaya kurangkan mangsa banjir 52 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641435409_bencanabanjir.jpg)
RTB Fasa 1 di Segamat berjaya kurangkan mangsa banjir 52 peratus
Sebelum RTB Fasa 1 dijalankan, mangsa banjir di daerah berkenaan adalah seramai 21,158 orang.
![Air pasang besar, masalah perparitan punca banjir kilat di Sungai Petani Air pasang besar, masalah perparitan punca banjir kilat di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606653154_BanjirdiSungaiPet.jpg)
Air pasang besar, masalah perparitan punca banjir kilat di Sungai Petani
Hujan lebat berterusan bermula sekitar jam 3 petang sehingga lewat malam telah menyebabkan air tidak mengalir dengan cepat ke sungai dan laut.
![KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600320427_AhmadMasrizal.jpg)
KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sabah.
![Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61530363104_RTB.jpg)
Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya
Dr Wan Azizah berpuas hati dengan status pembinaan projek itu yang kini sudah mencapai tahap 70 peratus dan hanya mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.
![Banjir: Penduduk Teluk Kumbar harap kerajaan baiki sistem perparitan Banjir: Penduduk Teluk Kumbar harap kerajaan baiki sistem perparitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509852769_BanjirPenang.jpg)
Banjir: Penduduk Teluk Kumbar harap kerajaan baiki sistem perparitan
Berdepan dengan risiko keselamatan serta kerosakan harta benda akibat ditenggelami air banjir bagaikan tiada kesudahan buat mereka.