KUALA LUMPUR:Kenyataan seorang peguam bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak diwakili semasa pengurusan kes saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadap beliau atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari, adalah tidak benar serta mengelirukan.
Peguam Nizamuddin Hamid, yang mewakili Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, turut menyangkal kenyataan N. Yohendra, peguam pengundi terbabit, bahawa saman itu telah diserahkan kepada Mohamed Azmin pada 1 Dis lepas.
"Saman itu dikatakan telah diserah kepada seorang individu di pusat khidmat masyarakat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Justeru, ia merupakan pelanggaran peraturan mahkamah secara terang-terangan.
"Writ saman mesti diserahkan mengikut prosedur yang ditentukan dalam peraturan mahkamah. Ini adalah amalan biasa dan kami terkejut apabila beliau dengan begitu cepat mengumumkan bahawa saman itu telah diserahkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 1 Dis," menurut peguam Tetuan Zharif Nizamuddin dalam kenyataan.
Selain itu, beliau berkata tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan sendiri saman itu kepada Mohamed Azmin di kediaman atau pejabat beliau.
Nizamuddin berkata peguam tersebut juga tidak menulis kepada anak guamnya bagi meminta janji temu untuk menyempurnakan penyerahan saman itu.
"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghormati sistem keadilan dan sekiranya plaintif telah menyerahkan saman itu dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan undang-undang, beliau akan segera hadir.
"Apa yang dikesalkan adalah mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada sebuah portal berita dalam kes yang sedang berlangsung di mahkamah," katanya.
Portal berita itu melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, tidak diwakili peguam semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Maslinda Selamat pada 28 Dis lepas yang dijalankan secara dalam talian.
Yohendra dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar sekiranya tidak ada peguam yang tampil mewakili Mohamed Azmin pada prosiding pengurusan kes seterusnya pada 14 Jan.
Kesemua sepuluh pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu telah memfailkan saman tersebut pada 27 Nov lepas terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lepas.
Penyataan tuntutan mereka menyebut kesemua plaintif, berusia lingkungan 36 dan 64 tahun, memohon antara lain pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin, selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajipan fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020
![Dakwaan bahawa Azmin Ali tidak diwakili adalah dusta - Peguam Dakwaan bahawa Azmin Ali tidak diwakili adalah dusta - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604226709_MohamedAzminAli.jpg)
Sepuluh pengundi berdaftar di Gombak memfailkan saman pada 27 Nov lepas terhadap Mohamed Azmin (gambar) atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi 'Langkah Sheraton'. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690344791_TBAZMINRAFIZI.jpg)
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
![Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684685058_TBBajet.jpg)
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
!['Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak 'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667901957_TBGOMBAK.jpg)
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
![PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
![Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661782388_AzminAliAgendaAW.jpg)
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
![Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658729050_TanSriMustaphaKam.jpg)
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
![PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643376509_TBmariachin.jpg)
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
![Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin... Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650813620_MuhyiddinYassin.jpg)
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
![Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645255384_ASEAN.jpg)
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
![Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637226409_TBAzminAli.jpg)
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.