Dakwaan bahawa pengedaran bantuan makanan untuk golongan isi rumah B40 yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya terhad kepada kawasan Ahli Parlimen tertentu, adalah tidak benar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
"Waktu kritikal begini kita menerima permohonan bantuan bukan sahaja daripada Ahli Parlimen, tetapi juga pelbagai pihak termasuk jawatankuasa masjid, ketua kampung, dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Malah kita juga menerima aduan daripada individu termasuk melalui talian Kasih," katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja bagi penyampaian bantuan bakul makanan PKP, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran yang mengatakan, kawasannya belum menerima 1,000 bakul makanan, untuk diedarkan kepada ketua keluarga golongan itu.
Rina berkata lebih 360,000 bantuan bakul makanan telah diagihkan, kepada kira-kira dua juta rakyat yang terkesan, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan di negara ini, dan ia merupakan usaha berterusan yang akan dilaksanakan selagi arahan dikuatkuasakan.
Sementara itu, seorang penerima Salmiah Abdul Muhamad, 57, berkata, beliau amat bersyukur kerana suaminya Adnan Nasir, 64, terpilih menerima bantuan bakul makanan itu, untuk keperluan keluarganya pada bulan Ramadan.
Salmiah yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah di Kampung Lambak berkata suaminya menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan hemodialisis, menyebabkannya tidak mempunyai pendapatan.
Seorang lagi penerima Noraziyana Mat Said, 34, yang tinggal di Kampung Simpang 4 berkata, bantuan itu dapat mengurangkan beban bagi membeli barangan dapur untuk kelapan-lapan anaknya yang berusia antara dua hingga 12 tahun, lebih-lebih lagi pada bulan puasa.
"Suami saya sahaja yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat penghantaran, dan beliau juga perlu menanggung bapa saudaranya yang uzur, sejak empat tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020

RINA: Kita menerima permohonan bantuan bukan sahaja daripada Ahli Parlimen, tetapi juga pelbagai pihak termasuk jawatankuasa masjid, ketua kampung, dan badan bukan kerajaan (NGO). - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.