Dakwaan mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi.
Katanya Kementerian Kesihatan juga telah mendapatkan pengesahan daripada kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas.
"Kementerian sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat serta sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya orang ramai yang mempunyai kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017

DR NOOR HISHAM: Dakwaan mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus HIV adalah tidak berasas. - Gambar fail
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KKM kaji keperluan naik taraf BKKM sebagai pihak berkuasa - Khairy
Ia selaras perkembangan pesat teknologi pada masa kini dan keperluan pada masa hadapan dalam aspek keselamatan serta kualiti makanan.

Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.

BKKM Pulau Pinang serbu kilang fucuk beroperasi di sebelah bekas kandang babi
Pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.

KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.

Jeruk limau ada plumbum tidak diimport ke Malaysia
Menerusi data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia dari tahun 2017 sehingga kini, kementerian mendapati jeruk berkenaan tidak dibawa masuk ke Malaysia.

Dakwaan buah-buahan dalam tin dari Thailand ada virus HIV tidak berasas
Dakwaan mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.