SERDANG: Kerajaan memberi jaminan akan berlaku seadilnya dalam kes membabitkan seorang pembantu rumah (amah) Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya Selasa lalu.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, sesiapapun yang terlibat dengan kesalahan termasuk kes penderaan terhadap pembantu rumah akan diambil tindakan tanpa kompromi.
"Ya betul, siapa saja yang melakukan kesalahan kita akan ambil tindakan. Ini adalah satu perkara yang telahpun kita buktikan.
"Sesiapa sahaja akan kita ambil tindakan. Begitu juga mereka yang menjadi pembantu rumah, kedua-dua juga bertanggungjawab antara majikan dan mereka sendiri kerana supaya semua ini berlaku adil kepada semua pihak," katanya ketika ditanya Astro AWANI selepas hadir merasmikan Program Belia Prihatin Negara di sini hari ini.
BACA: Majikan durjana dipercayai pegawai kerajaan dera pembantu rumah
Menurutnya lagi kedua-dua pihak iaitu majikan dan juga pembantu rumah juga telah menandatangani perjanjian bagi menjamin hak masing-masing.
Justeru katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan keadilan itu dinikmati oleh kedua-dua pihak.
Semalam Astro AWANI mendedahkan secara eksklusif satu kes yang membabitkan seorang amah wanita berusia 46 tahun yang bukan sahaja 'dikurung' dan dipantau ketat, malah ditampar dan dicederakan menggunakan kayu di muka sehingga mengakibatkan lebam.
Dia juga mendakwa bekerja secara 'percuma', tanpa dibayar.
Mangsa turut mendakwa disimbah air panas sehingga melecur teruk di belakang badannya selain berat badannya menyusut sehingga 30 kilogram akibat kekurangan zat.
Kes tersebut mendapat perhatian Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono semalam yang mahukan tindakan tegas diambil dan mengenakan hukuman mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Sep 03 2022

Menurut Hamzah, kerajaan akan sentiasa memastikan keadilan dinikmati oleh kedua-dua pihak. - Gambar fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Dera amah: Dakwaan ketua polis daerah terlibat tidak benar - Ketua Polis Selangor
Polis menafikan seorang ketua polis daerah terlibat dalam kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Batu Caves baru-baru ini.

Dera pembantu rumah: Dedah butiran pihak beri tekanan tutup kes - Duta Indonesia
Kedutaan Indonesia mahu Datuk Seri M Saravanan mendedahkan butiran individu yang memberi tekanan untuk menutup kes penderaan membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah
Kerajaan memberi jaminan akan berlaku seadilnya dalam kes membabitkan seorang pembantu rumah Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya.

Dera amah: Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri
Difahamkan, keluarga majikan Adelina Lisao tidak begitu bergaul dengan jiran tetangga.

Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing
Terdapat kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki mangsa.