KUANTAN: Kenyataan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa Empangan Chereh, Sungai Lembing, Kuantan pernah pecah dua tahun lalu dilihat tidak berasas.
Ini berikutan tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.
Menurut sumber, Empangan Chereh yang terletak di perkampungan Orang Asli Sungai Emas itu tidak pernah berlaku banjir besar luar biasa di kawasan penempatan berkenaan.
"Isu Empangan Chereh ini bukan kali pertama berlaku kerana pada Januari 2018, polis telah menafikan dakwaan bahawa empangan tersebut berisiko pecah pada bila-bila masa seperti yang tular di media sosial.
"Selain itu, Pengurusan Air Pahang (PAIP) juga pernah mengeluarkan kenyataan ketika itu yang menyatakan Empangan Chereh bukan dalam bidang kuasa PAIP sebaliknya di bawah pengurusan Badan Kawal Selia Air Pahang," katanya.
Hari ini, Tuan Ibrahim mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa Empangan Chereh di Kuantan telah pecah pada November 2021.
Dakwanya, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.
"Saya juga minta kerajaan ambil perhatian terhadap isu yang berlaku di Empangan Chereh, Kuantan di mana pada November dua tahun lepas empangan ini sebenarnya pecah.
"Ini menyebabkan simpanan air bekalan minuman ke bandar Kuantan, khususnya beberapa buah loji, hanya tinggal 20 peratus dalam empangan," katanya.
Justeru Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Kerajaan Persekutuan ketika itu telah meluluskan peruntukan RM40 juta untuk membaik pulih empangan berkenaan.
"Namun peruntukan itu tak cukup dan satu peruntukan tambahan (disalurkan). Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah status terkini Empangan Chereh?" katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Jun 07 2023

Pada Januari 2018, polis telah menafikan dakwaan bahawa empangan tersebut berisiko pecah pada bila-bila masa seperti yang tular di media sosial. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.