KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung kes dakwaan gangguan seksual seperti yang tular pada Selasa.
Unit Komunikasi Korporat APMM dalam kenyataan berkata, tindakan seorang wanita yang membuat laporan polis berhubung dakwaan itu adalah bermotifkan peribadi dan boleh mencemarkan reputasi serta maruah ketua pengarah dan keluarga, selain imej Maritim Malaysia sebagai agensi penguat kuasa.
"Sehubungan itu, pihak Ketua Pengarah akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
Oleh yang demikian, pihak APMM meminta kerjasama orang ramai untuk menghentikan sebarang tindakan menular laporan polis berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses keadlian bagi semua pihak.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung dakwaan berkenaan dan telah membuka kertas siasatan bagi melihat kes itu.
Pihaknya juga telah memanggil individu berkaitan bagi membantu proses siasatan.
Sebelum ini, tular satu salinan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang bertugas sebagai penasihat kewangan yang dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November lalu.
Laporan berkenaan menyebut bahawa wanita itu menjadi mangsa kepada gangguan seksual ketua pengarah bergelar Datuk itu.
Selain mengeluarkan kata-kata berbaur lucah, ketua pengarah itu juga dikatakan telah beberapa kali mengajaknya untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke, namun ditolak olehnya.
Situasi itu menjadi semakin serius apabila dia turut mendakwa Datuk berkenaan pernah menghantar kira-kira 10 video serta gambar lucah melalui mesej melalui telefon bimbit.
Astro Awani
Tue Nov 21 2023
APMM meminta kerjasama orang ramai untuk menghentikan sebarang tindakan menular laporan polis berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses keadlian bagi semua pihak. - Gambar fail/X@Bernama
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Dakwaan gangguan seksual: Ketua Pengarah APMM sedia beri kerjasama
Dakwaan itu dikatakan bermotifkan peribadi dan boleh mencemarkan reputasi serta maruah beliau dan keluarga.