Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan beliau sedia melafazkan 'sumpah laknat' bagi membuktikan beliau tidak merancang untuk menjatuhkan perdana menteri seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Zahid berkata beliau sedia berbuat demikian di mana-mana masjid di seluruh negara dan dalam masa sama, turut mencabar bekas perdana menteri itu bersumpah di masjid mengakui dakwaannya benar.
"Saya sanggup bersumpah di masjid mana pun di Malaysia ini. Kalau sumpah laknat sanggup saya buat, beliau mesti juga sanggup buat.
"Bahawa yang merancang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan saya, tetapi beliau. Orang itu bukan saya, tetapi dia, patah balik kata saya," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2017 di Dewan Kompleks Rakan Muda, Batu 42, Pulai, di sini pada Sabtu.
Dalam ucapannya beliau sekali lagi mengulangi pengakuan yang dibuatnya pada Jumaat di Jerlun, bahawa beliau memiliki rakaman ketika pertemuannya dengan Dr Mahathir pada tahun 2015.
Rakaman itu, katanya, telah dianalisa kesahihannya, malah tambahnya, transkrip percakapan mereka turut disediakan selepas pertemuan itu.
Pada Jumaat, Ahmad Zahid menafikan beliau terlibat dengan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.
Jelasnya, beliau mempunyai cukup bukti dalam bentuk rakaman bahawa Dr Mahathir yang mencadangkan agar Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid telah bertemu dengannya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Najib selaku perdana menteri.
Kenyataan Dr Mahathir itu dibuat selepas Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan berhubung keturunan bekas perdana menteri itu yang didakwa berdarah campuran India pada mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya baru-baru ini.
Astro Awani
Sat Aug 05 2017
Ahmad Zahid berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2017 di Kompleks Rakan Muda, Batu 42, Pulai hari ini. --fotoBERNAMA
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.