Menerusi perkongsian di laman Facebook, Hishammuddin turut meminta agar individu berkenaan membuat aduan terus kepadanya sekiranya benar perkara itu berlaku.
“Mohon individu di sebalik mesej ini untuk ‘DM’ butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.
“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan.
“Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.
“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil, “ katanya menerusi muat naik pada Khamis itu.
Tular sebelum ini hantaran mesej seorang individu yang mendakwa adiknya telah dipukul selain turut berlaku pemerasan wang sehingga kehabisan wang simpanan.
Sumber Facebook HishammuddinH2O
Selain itu, individu tersebut turut menyatakan bahawa aduan telah dibuat pihak adiknya namun hanya tindakan denda yang dikenakan.
Perkongsian mesej berkenaan juga memaklumkan pihak keluarga takut untuk membuat aduan berikutan bimbang peristiwa sama yang berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman akan berulang.