PUTRAJAYA: Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitkannya dengan dasar kabotaj adalah tidak tepat dan mengelirukan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata Muhammad yang kenyataannya disiarkan media termasuk media dalam talian telah tersilap mengaitkan isu itu dengan dasar kabotaj Malaysia, sebaliknya ia berkaitan dengan kapal bukan konvensyen dari Indonesia.
Media memetik kenyataan Muhammad yang menyebut "perdagangan yang dijalankan di perairan Tawau dan Kalimantan, Indonesia kini dilakukan dengan kapal kayu dan kapal yang lebih kecil, yang tidak diiktiraf di bawah peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). Di bawah had kabotaj, IMO mengehadkan perdagangan untuk dijalankan dengan kapal badan keluli."
Wee dalam satu kenyataan hari ini berkata dasar kabotaj dikawal di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) dan bukan di bawah peraturan IMO.
Beliau berkata Subseksyen 65L (3) MSO 1952 memperuntukkan pengecualian daripada Seksyen 65L kepada kapal berdaftar Malaysia iaitu berat bersih di bawah 15 tan; berlesen di bawah Seksyen 475 MSO 1952 (lesen bot); berlesen di bawah MSO 1960 (Sabah) dan (Sarawak); dan dimiliki atau disewakan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Lembaga Pelabuhan.
Wee berkata daripada dasar kabotaj tersebut, ia melibatkan pengiktirafan sijil perdagangan untuk kapal bukan konvensyen yang kebiasanya kapal di bawah 500 tan dari Indonesia, yang kebanyakannya digunakan untuk menjalankan perdagangan pertukaran barang.
Pada Disember 2018, katanya Malaysia bersama lapan negara anggota ASEAN lain kecuali Myanmar ketika itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Sijil Pengiktirafan Bersama bagi Kapal Bukan Konvensyen (NCV).
Di bawah MOU itu, Malaysia mengiktiraf sijil NCV seperti yang ditetapkan oleh pentadbiran maritim pusat negeri bendera masing-masing.
Wee berkata Jabatan Laut Malaysia (JLM) membenarkan kemasukan NCV dari Indonesia ke pelabuhan Malaysia dengan syarat mereka mematuhi dan memiliki sijil keselamatan yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh Direktorat Jenderal Perhubungan Laut Indonesia, untuk dibawa ke atas NCV Indonesia.
"Ini diamalkan di seluruh Malaysia dalam menguruskan kapal dagangan pertukaran barang dari Indonesia, termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Wee berkata, konsulat terbabit telah tersilap mengaitkan isu itu dengan dasar kabotaj Malaysia, sebaliknya ia berkaitan dengan kapal bukan konvensyen dari Indonesia. - Gambar fail
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.