SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan mengaitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kewujudan rangkaian akaun palsu di sosial media.
Ia selepas laporan daripada syarikat teknologi, Meta menyatakan kemungkinan terdapat campur tangan pihak polis di sebalik penutupan lebih 600 akaun Facebook dan Instagram di Malaysia, kerana menjadi platform ‘troll farm’.
Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, isu tersebut merupakan sesuatu yang serius dan ia memerlukan tindakan susulan daripada pihak terbabit.
Menurut beliau, lebih membimbangkan mengenai pendedahan tersebut sekiranya ia benar adalah berkaitan jumlah perbelanjaan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.
“Walaupun PDRM dah nafikan laporan Meta, apa tindakan PDRM seterusnya? Ini adalah data yang sahih dari Meta.
“Jangan jadikan PDRM sebagai alat politik. Police are meant to protect the Rakyat, not demonize them. We don’t need another JKOM! (Polis adalah untuk melindungi Rakyat, bukan memburukkan mereka. Kami tidak memerlukan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) lain!).
“Ini isu serius kerana ini bukan fungsi polis. Dalam dunia ini hanya ada tiga ladang troll dan Malaysia salah satu daripadanya. PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas) mesti ditubuhkan untuk siasat dakwaan dan aktiviti ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
BACA: Meta padam akaun FB, IG jadi pusat 'troll', sebahagiannya didakwa ada kaitan dengan PDRM
BACA: Akaun palsu: PDRM nafi dakwaan terlibat 'troll farm' di media sosial
Istilah ‘troll farm’ merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.
Meta melalui Quarterly Adversarial Threat Report menyatakan bahawa sejumlah 596 akaun, 180 laman ‘Pages’ dan 11 ‘Group’ telah dipadam dari Facebook sementara 72 akaun ditutup dari Instagram kerana didapati menjadi sebahagian daripada jaringan itu.
Laporan itu mendakwa rangkaian sosial media itu itu berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di dalam negara sebagai sasaran.
Susulan daripada itu, PDRM pada Sabtu tampil menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa badan penguat kuasa itu sama sekali tidak terlibat sebagaimana dilaporkan.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin turut memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat mengenai perkara tersebut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022

SYED SADDIQ:"Jangan jadikan PDRM sebagai alat politik. Police are meant to protect the Rakyat." - Foto Sinar Harian
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

'Babah sangat menjaga kesihatan dan selalu berjoging' - Anak Ishsam
Menurut Muhammad Iszul Imadi, Allahyarham bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan petanda luar biasa.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Dakwaan Meta: Tubuh jawatankuasa khas siasat isu 'troll farm' libatkan PDRM - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan mengaitkan PDRM dengan 'troll farm'.