IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menyiasat gambar tular baru-baru ini yang mendakwa berlaku aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong dekat Kuala Kangsar.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan aktiviti itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah gambar lama.
"Saya nampak ini macam gambar lama dan kalau betul cerita baharu maka Jabatan Perhutanan akan buat siasatan. Kita kena tengok kesahihannya sebab tidak pasti betul atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Doa Selamat dan Santai Bersama Menteri Besar Perak dan Penyerahan Kit Kebun Kita kepada petani di sini, pada Isnin.
Baru-baru ini tular beberapa gambar di kawasan hutan menunjukkan batang-batang pokok ditebang dan ditarah didakwa berlaku di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Beliau berkata jika wujud pembalakan haram, tindakan undang-undang sewajarnya boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.
"Kalau betul ia berlaku dan dia (pihak terlibat) didapati mencuri balak, besar hukuman dia, dia boleh didakwa dan dihukum. Kawasan pembalakan perlu lesen yang dikeluarkan berasaskan kepada kelulusan yang dibuat oleh jawatankuasa hasil hutan.
"Ia diluluskan, baru dia dapat lesen kemudian baru dia bawa keluar kayu. Kalau tiada, itu dikira mencuri kayu," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai arahan pengosongan tanah kepada petani di Kanthan dan Tanah Hitam, Chemor di sini oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PNKP), Saarani berkata pihaknya sedang menunggu arahan mahkamah.
"Ia sudah menjadi kes mahkamah jadi tunggu arahan mahkamah. Perundingan telah dibuat tetapi tidak nampak jalan untuk mereka selesaikannya secara rundingan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menyediakan prasarana di kawasan itu termasuk membangunkan Silver Valley Technology Perak (SVTP) berikutan banyak permintaan diterima daripada pelabur luar.
Katanya SVTP merupakan satu daripada taman perindustrian yang dicadangkan untuk kegunaan pelabur dan pembangunannya akan disegerakan mengikut jadual kerana ia adalah permintaan dan keperluan.
SVTP merupakan satu taman perindustrian baharu di Chemor dan dijangka memacu sektor pembuatan berteknologi tinggi serta bertindak sebagai pemangkin Revolusi Industri 4.0.
Isu pengusiran petani di Kanthan dan Tanah Hitam pernah dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Saarani (gambar) berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan aktiviti itu dan tidak menolak kemungkinan ia adalah gambar lama - Foto/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.
Kes IPIC: AG perlu kemukakan pertuduhan baharu terhadap Najib – NGO
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis mendesak Peguam Negara (AG) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menyatakan jangka masa pertuduhan baharu terhadap Datuk Seri Najib Tunk Razak berhubung dana RM6.6 bilion berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Kumpulan itu berkata, jika pendakwaan tidak mengemukakan pertuduhan terbaharu selepas tempoh tertentu, pihak pembelaan Najib boleh memohon pelepasan dengan pembebasan (DAA).
Pesawah terima RM15 juta untuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri
Perdana Menteri mengumumkan pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan persediaan awal menjelang Ramadan dan Aidilfitri sebanyak RM15 juta.

Insiden kepala air Ulu Slim: 'Kayu hanyut bukan sebab pembalakan' - MB Perak
Sisa kayu dan pokok tumbang yang hanyut di Sungai Slim dalam kejadian kepala air di Slim Village pada Jumaat bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

MTL: Semua aktiviti pembalakan, rekreasi di Perak dihentikan sementara
Aktiviti pembalakan tidak dibenarkan di Perak mulai 1 November hingga 31 Disember ini, kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.

Hari Hutan Antarabangsa: Tiada lagi pembalakan haram, kini semuanya pembalakan 'halal'- Presiden PEKA
Saban tahun, ada sahaja aduan baik dari penduduk tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang membantah aktiviti berkenaan daripada terus rakus meragut khazanah bumi.

ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan
Ia susulan dakwaan kononnya beliau meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Dalam 9 bulan, kemusnahan hutan Amazon lebih besar daripada luas Negeri Sembilan
Bagi September sahaja, data INOE menunjukkan aktiviti menggondol hutan meningkat sebanyak 96 peratus berbanding tahun lalu.

Orang Asli Pos Piah Sungai Siput ragui 'wang saguhati' syarikat pembalakan
Pengerusi Jaringan Orang Asli Kampung Pos Piah, Najib Alang, tindakan itu mendatangkan keraguan kepadanya dan penduduk kampung.

Pembayaran royalti dan pembalakan dua isu berbeza - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu pembayaran royalti minyak dan aktiviti pembalakan adalah dua perkara berbeza.

Air kotor dan berselut, pembalakan di Gunung Inas didakwa punca
Dakwa penduduk, sebelum ini air keruh apabila hari hujan sahaja. Tetapi kini warna air keruh ini satu fenomena biasa biarpun ketika cuaca baik.

Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan
Aktiviti pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.