Dakwaan pembangkang kononnya syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) menarik diri daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor terbukti meleset apabila ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerjasama itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan serta menjadikan kawasan Parlimen Pengerang tumpuan pelabur dalam dan luar negara.
"Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalu-alukankan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Petronas hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion yang disaksikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perjanjian berkenaan membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah RAPID.
Azalina, yang juga anggota Parlimen Pengerang, berkata pelaburan itu bakal memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
"Kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017

AZALINA: Dakwaan pembangkang kononnya Saudi Aramco menarik diri daripada projek RAPID di Pengerang, Johor terbukti meleset. - Gambar fail

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

RUU antilompat parti perlu dibawa bersama usul lain seperti RUU pemecatan Ahli Parlimen
Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan cadangan RUU antilompat parti datangnya dari kerajaan sendiri dan bukannya usul peribadi.

Akta Antiberita Tidak Benar tekankan perkongsian maklumat sahih - Azalina
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 merupakan undang-undang berunsur pencegahan bagi memberi mesej jelas bahawa setiap individu mesti bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat benar, sihat dan sahih

Dewan Negara lulus lima RUU
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU).

Kerajaan di peringkat konsultasi berhubung pindaan Akta Profesion Undang-Undang
Jawatankuasa Perundingan Khas sedang membuat konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Akta Kebankrapan 1967 antara RUU dibahas sesi Parlimen kali ini - Azalina
Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan bankrap dijangka menjadi tumpuan utama perbahasan sidang Parlimen kali ini.

SPRM bebas lakukan siasatan terhadap sesiapa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak melakukan siasatan terhadap mana-mana individu selaras dengan status agensi itu sebagai sebuah badan bebas.

Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
Terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang disiarkan media semalam.

Dakwaan pembangkang Saudi Aramco tarik diri projek RAPID meleset - Azalina
Dakwaan pembangkang kononnya Saudi Aramco menarik diri daripada projek RAPID di Pengerang, Johor terbukti meleset apabila ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas hari ini.

Penemuan fakta baharu Pulau Batu Puteh beri peluang menyerlah buat negara
Penemuan fakta baharu yang dapat membantu kerajaan Persekutuan mendapatkan semula Pulau Batu Puteh diharap akan memberi peluang lebih menyerlah kepada Malaysia.