KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mengesahkan pihak polis telah mengambil keterangannya berhubung laporan polis dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Susulan laporan polis yang dibuat terhadap Rafizi oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau pada 30 Ogos lalu, beliau didatangi oleh pegawai polis pagi tadi untuk diambil keterangan.
"Saya tegaskan bahawa saudara Rafizi adalah seorang pembohong yang memfitnah dan mentohmah saya dan keluarga saya hanya semata-mata untuk kepentingan politik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Pada Selasa, pembantu Abdul Latiff telah membuat laporan polis terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang mengaitkan menteri itu dengan kes kapal tempur pesisir (LCS).
Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad dalam laporannya menafikan dakwaan Rafizi di media sosial bahawa seorang wanita dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh, yang terlibat dengan dakwaan menyeleweng dana daripada projek LCS, adalah isteri kedua Abdul Latiff.
Astro Awani
Thu Sep 01 2022

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (kanan) mengesahkan pihak polis telah mengambil keterangannya berhubung laporan polis dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Tragedi banjir Disember boleh berulang jika hujan berterusan
Abdul Latiff berkata, Selangor menerima purata taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 2,700 milimeter (mm).

Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.

PRU15: Abdul Latiff sedia beri laluan kepada muka baharu di Mersing
Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad bersedia memberi peluang kepada calon muka baharu mewakili Bersatu untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) nanti.

Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.

Rafizi selesai beri keterangan, telefon bimbit dirampas untuk bantu siasatan
Telefon bimbitnya dirampas pihak polis bagi membantu siasatan dan menurutnya, ia merupakan telefon bimbitnya yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009.

Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.

Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis
Polis akan memangggil Rafizi Ramli untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial miliknya yang didakwa berbaur fitnah dan jelik terhadap Dr Abdul Latiff Ahmad.

Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.

Isu LCS: Rafizi perlu buktikan Zainab isteri saya - Abd Latiff
Abdul Latif menjelaskan, apa juga perbuatan individu bernama Zainah tidak mempunyai kaitan dengannya.

PRN Johor: Nama naik untuk calon MB bagi Perikatan Nasional? Ini jawapan Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, beliau akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja calon-calon Bersatu dan Perikatan Nasional.