Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung artikel bertajuk 'Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik' disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini.
Menerusi satu kenyataan, JPJ memaklumkan pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat menerusi artikel itu.
"JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa di jabatan ini dan tindakan tatatertib sehingga buang kerja akan dikenakan jika disabitkan kesalahan," tegas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, JPJ mengharapkan kerjasama semua pihak dalam membanteras jenayah rasuah di jabatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia Bersih.
Portal berita itu hari ini menyiarkan artikel mendakwa berlaku kegiatan rasuah serta salah guna kuasa dalam kalangan anggota JPJ di beberapa negeri. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020

JPJ pandang serius kenyataan yang dibuat menerusi artikel 'Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik' seperti disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kemahiran logistik perlu dipertingkat seiring lonjakan pelaburan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu selesa dengan kemajuan yang dikecapi dalam industri logistik setakat ini.

Kerajaan yakin KLIA akan jadi hab kargo serantau - Loke
Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Dakwaan rasuah: JPJ akan buat laporan pada pihak berwajib
JPJ akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung artikel bertajuk 'Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik'.