GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat aduan berhubung pendatang asing mengusahakan kebun sayur secara haram dan memastikan tiada tanah kerajaan yang disewakan kepada petani tempatan, diserahkan kepada warga asing.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata berdasarkan data keluasan bertanam oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, terdapat 641 petani berdaftar di negeri ini yang mengusahakan pelbagai sayuran dan tanaman.
Fahmi berkata daripada jumlah itu, 163 petani adalah di Seberang Perai Utara, 165 (Seberang Perai Tengah), 153 (Seberang Perai Selatan), 128 (Barat Daya) dan 32 (Timur Laut).
Beliau menjelaskan keluasan bertanam itu melibatkan 704 hektar keluasan tanah sekali gus menyangkal dakwaan kononnya warga asing menguasai hampir 80 peratus rantaian perbekalan sayuran di negeri ini sejak lima tahun lepas.
"Dakwaan sekiranya 80 peratus daripada keluasan kawasan itu dikuasai warga asing dengan menjalankan projek haram ia sama sekali tidak benar kerana jumlah itu melibatkan 563 hektar daripada keluasan sebenar (704 hektar)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media pada Khamis lepas, bahawa pendatang asing yang mengusahakan kebun sayur secara haram di Pulau Pinang didakwa menguasai hampir 80 peratus rantaian perbekalan sayuran di negeri berkenaan sejak lima tahun lepas dan menjejaskan 30 peratus pengusaha kebun tempatan sehingga terpaksa gulung tikar.
Bagi membantu petani tempatan, Fahmi berkata Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk pemberian insentif input pertanian, mesin dan jentera kecil, dron, sistem pengairan dan lain-lain peralatan atau mesin bagi memudahkan petani melaksanakan aktiviti pertanian selain khidmat nasihat.
Beliau berkata pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga membantu dari segi kawalan harga pasaran dan ia akan diperkuatkan lagi.
Sehubungan itu, Fahmi berharap KPDN dan FAMA dapat membantu kerajaan negeri memantau harga pasaran produk hasil pertanian di Pulau Pinang bagi mengawal penglibatan warga asing dalam pembekalan sayur di Pulau Mutiara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Fahmi berkata, berdasarkan data keluasan bertanam oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, terdapat 641 petani berdaftar di negeri ini yang mengusahakan pelbagai sayuran dan tanaman. - Foto Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Dakwaan warga asing kuasai rantaian bekalan sayur di Pulau Pinang tidak benar - Exco
Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat aduan berhubung pendatang asing mengusahakan kebun sayur secara haram.