Tiada asas untuk mengatakan bahawa terdapat beras plastik di pasaran tempatan.
Reaksi diberikan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya ada individu yang membeli beras plastik di Johor.
Katanya setakat ini tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.
“Di Johor kononnya ada tetapi bila dihantar ke Jabatan Kimia ia menunjukkan bahawa beras tersebut adalah beras asli. Isu ini bukan baharu malah seketika dahulu heboh di media sosial kononnya ada kilang di India tetapi sebenarnya ia adalah gimik semata.
“Dari segi saintifiknya,menghasilkan beras plastik ini akan menelan kos yang tinggi dan yang lebih penting kalau dimasak apa rasanya? Orang mesti tahu..jadi saya hairan kalau ada pihak terikut-ikut dengan perkara ini. Setakat ini tiada bukti yang kukuhpun untuk menyokong dakwaan itu,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Mengedar Bubur Lambuk di kalangan warga asnaf Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani di Putrajaya.
Majlis tersebut merupakan acara tahunan kementerian itu setiap kali Ramadan sebagai tanda perihatin Kementerian tersebut terhadap warganya yang kurang bernasib baik.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Jun 14 2017
Setakat ini tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan terdapat beras plastik di pasaran tempatan. - Gambar hiasan
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.