KUALA LUMPUR: Rangkaian pelaburan sosial terbesar Asia, Asian Venture Philanthropy Network (AVPN) hari ini melancarkan Dana Kesejahteraan Mental Belia Asia bernilai AS$3 juta (RM13.95 juta) yang memberi fokus kepada kesihatan mental belia di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Selaras inisiatif tersebut, Yayasan Hasanah, yayasan berasaskan impak di bawah Khazanah Nasional Bhd, akan menyokong dalam memacu sektor swasta terhadap kepentingan kesannya di Malaysia.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, kerjasama dana bagi tempoh tiga tahun itu dijangka mampu meningkatkan serta mencapai keberkesanannya dalam menangani isu kesihatan mental golongan belia di rantau ini.
“Daripada jumlah berkenaan, AS$1 juta (RM4.65 juta) diperuntukkan kepada belia di Malaysia. Kami berharap pelaksanaan ini membolehkan para belia menyedari potensi besar mereka dalam mendepani pelbagai isu-isu penting termasuk kesihatan mental.
“Selaku Convenor (Penghubung), Collaborator (Rakan Kerjasama) dan Catalyst for Change (Pemangkin Perubahan) terhadap sektor impak sosial negara, kami berusaha melakukan perubahan kepada golongan belia menerusi kerjasama dengan pelabur sosial seperti AVPN yang mencapai rangkaian global dan fokus bagi kesan di Asian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui pada acara The Hasanah Forum (THF) 2023 yang berlangsung sama AVPN Global Conference 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.
Dana tersebut berobjektif untuk menyokong dan meningkatkan skala keberkesanan penyelesaian formula oleh organisasi tanpa berasaskan keuntungan yang boleh dipercayai.
Malah, ia turut bertindak mengumpul pembiaya dana yang membawa pertumbuhan dan kelestarian terhadap portfolio lazim selain mengurangkan halangan dihadapi para belia dalam mencapai kesejahteraan mental.
Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif AVPN, Naina Subberwal Batra, dana berkenaan tidak hanya menyatukan komuniti pembiaya kepada satu tujuan yang sama, sebaliknya mengumpulkan pelbagai kepakaran yang boleh berkongsi berkaitan amalan terbaik.
“Ia selain itu turut memastikan sumber yang kita ada ini dapat disalurkan secara berkesan kepada organisasi tidak berasaskan keuntungan yang terpilih. Ianya sangat penting kerana kerjasama ini dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam menangani isu belia.
“Kesejahteraan mental belia adalah sangat kompleks dan ia merupakan cabaran multi generasi serta memberi tekanan kepada keperluan di rantau ini. Kita akan memberi dana kepada organisasi yang memberi impak inovatif dalam menyelesaikan kesejahteraan mental belia,” jelasnya.
Permohonan bagi Dana Kesejahteraan Mental Belia Asia akan dibuka pada September ini. AVPN menyarankan agar organisasi inovatif tidak berasaskan keuntungan dan perusahaan sosial untuk memohon dana berkenaan bagi membantu membuat perubahan dalam kesejahteraan mental belia di rantau ini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dana itu, sila layari avpn.asia atau hubungi AVPN di [email protected].
Haikal Raman
Thu Jun 22 2023

Daripada jumlah itu, AS$1 juta (RM4.65 juta) diperuntukkan kepada belia di Malaysia dan Yayasan Hasanah berharap pelaksanaan ini membolehkan belia meneroka potensi besar mereka dalam mendepani pelbagai isu penting termasuk kesihatan mental.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dana bernilai RM13.95 juta dibangunkan bagi kesejahteraan mental belia serantau
Kerjasama dana bagi tempoh tiga tahun itu dijangka mampu meningkatkan serta mencapai keberkesanannya dalam menangani isu kesihatan mental golongan belia di rantau ini.

Sarawak terus komited terhadap hala tuju pelan induk pelancongan yang mampan
Tiga matlamat SDG yang diberi tumpuan termasuk SDG 4 iaitu Kualiti Pendidikan, SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) serta SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat).

Agenda kesejahteraan, kesedaran impak sosial di Malaysia kini semakin meningkat
Kesedaran terhadap impak sosial kini dilihat semakin meningkat di semua peringkat berkepentingan di Malaysia termasuk penglibatan sama pihak awam serta swasta.