Juara Remaja Dunia Muay Thai, Daniel Fiedieans Maideh mahu berehat sementara daripada latihan sukan itu bagi memberi tumpuan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang bakal didudukinya bulan depan.
Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Keramat berkata sekalipun mencatat kejayaan cemerlang dalam sukan, pelajaran tidak boleh diabaikan bagi menjamin masa depan.
"Saya mahu berikan keputusan terbaik demi membalas jasa ibu bapa, datuk serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap minat saya dalam sukan Muay Thai," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau dari Kota Kinabalu, malam tadi.
Ketibaan Daniel, 12, disambut anggota keluarga serta guru dan penduduk kampung. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.
Daniel berkata dia akan meneruskan latihan selepas selesai menduduki UPSR yang dijadual bermula pada 11 Sept ini.
Mesra dengan panggilan Olan dalam kalangan penduduk kampung, Daniel berkata dia mula menceburi sukan seni mempertahankan diri semasa berusia enam tahun.
Namun katanya pada masa itu sukan pilihannnya adalah tinju kerana terpengaruh dengan datuk yang juga peninju amatur Sabah.
Bakat Daniel dalam sukan Muay Thai disedari bapa saudaranya Faizanizan Kusin pada 2015 dan sejak itu dia menyertai Kelab Muay Thai Tawau sebelum giat menyertai kejohanan peringkat daerah, kebangsaan dan seterusnya bertanding peringkat antarabangsa buat pertama kali dalam Kejohanan Remaja Dunia Muay Thai di Bangkok, Thailand pada 3 hingga 11 Ogos lalu.
Daniel yang bertubuh kecil itu berjaya mengejutkan lawan yang jauh lebih besar untuk dinobatkan juara pada kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017
Daniel menunjukkan trofi yang dimenanginya ketika tiba di Lapangan Terbang Tawau, tengah malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'
KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN
SJR penting dalam memastikan pasukan itu dapat mengawal aktiviti rentas sempadan, justeru tidak boleh dipandang mudah.
Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.
Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan
Raja Salman diizinkan keluar dari hospital pada 30 Julai selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu.
"Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M" - Nik Abduh
Nik Abduh saran Dr Mahathir kurangkan berpolitik, berehat dan berhenti daripada dengar hasutan orang sekeliling.
Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.
PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi membolehkan Mohamad memberi fokus beliau untuk memulihkan UMNO.
Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika
Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika.