ISTERI kepada penyanyi Indonesia, Virgoun, Ina Idola Rusli tampil mendedahkan perselingkuhan suaminya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa.
Pendedahan itu dibuat Ina selepas mendapat mimpi bahawa suaminya bermain kayu tiga.
Ina pada masa sama turut berkongsi foto dan akaun media sosial milik wanita berkenaan.
"Subuh 16 Ogos 2022, Allah beri aku petanda suami aku selingkuh, siangnya ada akaun private mesej memberitahu tentang kewujudan seorang wanita ini," tulisnya di Instagram Stories seperti dilaporkan Insertlive.
Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya.
"Lebaran pun jadi pelakor (perampas laki orang). Minta dibiayai sekolah oleh laki orang. Kamu fikir dia bapa kamu?" tambahnya.
Namun, Virgoun sebelumnya sempat menulis sepucuk surat dan mengakui perselingkuhannya dengan wanita berkenaan.
Tidak hanya itu, Virgoun juga mengakui sudah bersedia untuk menceraikan Ina.
"Dengan surat ini menyatakan saya Virgoun Teguh Putra mengakui selama masih dalam status menikah dengan Ina Idola Rusli, bahawa benar telah mengakui hubungan tidak bermoral yang dilarang oleh agama dan pemerintah dengan Austina Tentri Ajeng Anisa.
"Sejak 27 September 2021 dan apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan tidak bermoral yang melukai martabat isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diproses secara hukum Islam dan hukum Indonesia sesuai dengan pasal 284 tentang perzinaan dan menceraikan isteri saya, memberikan nafkah sebesar Rp40 juta (RM11,863) sebulan dan memberikan hak penjagaan ketiga anak kami," tulis Virgoun.
Biarpun sudah berusaha untuk menutup kisah rumah tangganya, namun Ina akui menyerah dan berkongsi kepada orang awam.
Maklum Ina lagi Virgoun kini masih sibuk membuat persembahan ketika khabar perselingkuhannya tular.
Untuk rekod, Virgoun yang memeluk Islam pada tahun 2013 mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 14 Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama Starla Rhea Idola Virgoun pada 20 Mei 2015. - Gempak
Gempak
Tue Apr 25 2023

Ina pada masa sama turut berkongsi foto dan akaun media sosial milik wanita berkenaan. - Gempak
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Selepas dituduh zina sampai cerai, Virgoun ditahan pula kerana dadah
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla ditangkap polis Jakarta Barat kerana terlibat dengan kes dadah.

Dapat firasat mimpi, isteri bongkar penyanyi 'Surat Cinta Untuk Starla' main kayu tiga
Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya.

Penyanyi Indonesia, Virgoun syukur muzik video raih 100 juta tontonan
Penyanyi Indonesia, Virgoun bersyukur kerana muzik video single pertamanya, Surat Cinta Untuk Starla meraih 100 juta tontonan di laman YouTube dalam masa tiga bulan.