Selepas berjanji akan menyiasat akaun-akaun syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sesiapa yang bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang, beliau kini harus membuktikan kata-katanya itu benar.
Menulis di dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), A. Kadir Jasin berkata Najib perlu memastikan bahawa jawatankuasa yang akan menyiasat perkara itu melakukan tugasnya dengan telus dan bebas.
Katanya, perkara pertama yang harus dilakukan oleh jawatankuasa itu adalah memastikan bahawa bukti salah laku jenayah terpelihara.
"Ia harus menghentikan usaha penghapusan bukti atau kehilangan saksi.
"Oleh kerana beberapa orang saksi penting dan mungkin suspek dalam siasatan 1MBD menetap di luar negara , termasuk Jho Low, jawatankuasa itu harus mendapatkan bantuan Interpol untuk mencari mereka.
"Rakyat dan wakil rakyat juga harus memberi tekanan supaya jawatankuasa itu menjalankan siasatan secara telus dan bebas," kata Kadir menerusi blognya.
Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sebelum ini dikaitkan dengan isu akaun 1MDB yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Selain itu, Kadir juga menyeru anggota jawatankuasa itu menonton filem 'The International' sebelum melakukan penyiasatan kerana sumber inspirasi filem itu adalah skandal Bank of Credit and Commerce International yang pernah berlaku sebelum ini.
"Malah, sebelum filem itu dibikin, kita turut ada skandal bank tersendiri iaitu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF).
"Walaupun peristiwa BMF dan Bank Bumiputera tiada lagi, isu 1MDB yang hampir sama sedang berlaku," katanya.
Pada 4 Mac, Najib telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun-akaun 1MDB.
Laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.
"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib dalam satu kenyataan.
T K Letchumy Tamboo
Thu Mar 12 2015

KADIR : Perkara pertama yang harus dilakukan oleh jawatankuasa itu adalah memastikan bahawa bukti salah laku jenayah terpelihara. - Gambar fail

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.
AWANI 7:45 [21/2/2025] – Gummy pembunuh senyap| Keselamatan murid keutamaan| cubaan cabul di masjid| Karpet raya musnah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya Tumpuan #AWANI745 malam ini 1. Perjalanan terakhir, keluarga, rakan-rakan iringi jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
AWANI Tonight: PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
The PAC will begin proceedings on Feb 24 to examine the rise in health insurance premiums and private hospital charges. The findings will be presented in the next Parliament session.
Consider This: Sosma Under Review (Part 1) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sevan Doraisamy, Executive Director of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Consider This: Sosma Under Review (Part 2) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Suhakam commissioner Ragunath Kesavan.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.